Promosi Hebat 70% Buku Mini Panduan Solat Sempena Ramadan

Assalamualaikum, salam penghulu hari, Jumaat yag berkat.

Di kesempatan ini saya nak uar-uarkan PROMOSI HEBAT RAMADAN yang penerbit kami lancarkan bulan ini, bulan Ramadan 1438H (2017). Promosi apa tu? Menarik sangat ke?
Allah...pada saya yang berstatus pengedar ni pun dah rasa promosi ni sangat-sangat menarik. 


PROMOSI HEBAT MELEBIHI 70% !!!

Bukan senang tau nak dapat diskaun sampai macam ni. Kalau sale kat pasar raya tu, 50% pun dah berbintang-bintang mata kita. Rasa ruginya kalau tak grab. Betul tak? Ini pulak melebihi 70%. Harga asal buku ini RM9.90, dah diskaun 70% jadi berapa? Anda JIMAT sehingga RM7. Diskaun RM7, mestilah nakkan?

BUKU MINI PANDUAN SOLAT LENGKAP

Mungkin kalau sekadar beri tajuk buku, tak cukup yakin lagi berbaloi beli. Jadi, ni saya nak tunjuk la bagaimanakah Buku Mini Panduan Solat Lengkap ni.




Buku Mini Panduan Solat Lengkap ini didatangkan dalam 4 pilihan corak / design kulit hadapan. Jadi boleh pilih ikut warna dan corak yang anda suka. Nak campur-campur pun tak ada masalah. 

Mengapa dikatakan buku ini LENGKAP? Walaupun saiznya kecil sahaja, saiz A6 atau pocket size biasa orang sebut, tetapi buku ini lengkap dengan ilustrasi dan tatacara solat bermula wudhu' sehinggalah zikir dan doa. Setiap langkah juga dibezakan antara lelaki dan perempuan. Maknanya untuk lelaki ada gambar lelaki, untuk perempuan ada gambar perempuan. Sebab, ibadah solat ni memang ada perbezaan dalam gerakannya antara lelaki dan perempuan. Misalnya jarak kaki, cara takbir dan sebagainya. 






Lebih menarik dan lengkap lagi, selain gambar langkah-langkah ibadah solat, ada juga bacaan dalam solat disertakan bersama. Bacaan ini pula ditulis dalam bahasa Arab dan ditranskripsikan ke dalam tulisan rumi. Jadi, sangat-sangat membantu untuk mereka yang baru nak belajar solat dan tak pandai membaca al-Quran. Saya bagi contoh, bacaan yang ditranskripsikan 

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH

Selain itu, ada juga makna bacaan dalam bahasa Melayu. Jadi, kita boleh faham setiap bacaan yang kita lafazkan dalam solat, dan ini tentunya membantu kita lebih khusyu' serta connect dengan Allah. Ye la, kalau bercakap tapi tak faham, kan maksud tak tercapai?

Di akhir buku diselitkan juga tentang solat hari raya dan solat qasar serta jama' mengikut JAKIM.

In sha Allah, saya yakin buku ini sangat bermanfaat untuk semua peringkat dan golongan. Lebih- lebih lagi kepada anak-anak / remaja yang baru belajar solat. Begitu juga untuk ibu bapa yang biasa mendirikan solat, tetapi mungkin nak revise semula mana tahu ada lagi kesilapan kecil yang dilakukan dalam solat. 

BAGAIMANA NAK DAPAT HARGA DISKAUN 70%  INI?

PROMOSI ini adalah istimewa untuk pembelian Buku Mini Panduan Lengkap Cara-cara Solat dengan kuantiti seribu (1000) unit dan ke atas, pada bulan Ramadan 1438H (2017) sahaja. Tarikhnya bermula 27 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017. 

Jadi, untuk anda yang bercadang nak adakan majlis kenduri atau program besar-besaran mungkin selepas raya nanti, atau pada bulan Julai atau Ogos, ataupun hujung tahun 2017, cepat-cepat grab offer ini sebelum promosi ini tamat. Sayang tau...saya pulak yang rasa terkilan kalau pelanggan-pelanggan saya mesej bertanya tentang promosi ini setelah promosi tamat nanti. 


PAKEJ KOTAK DAN TASBIH MINI


Kami juga menyediakan pakej kotak dan tasbih mini untuk buku ini. Kami ada pillow box yang cantik ini, dengan label keemasan / perak bertulis Terima Kasih. Kotak dan tasbih tidak terikat dengan kuantiti dan tarikh promosi. Maksudnya, mungkin anda beli 1000 buku, tetapi hanya mahukan 250 unit kotak dan tasbih untuk VIP, pun boleh. 

contoh kotak


Sebarang TEMPAHAN / PERTANYAAN bolehlah hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah. 

#bukumini
#doorgiftmurah
#bukuminipanduansolat
#kotakdoorgift
#promosiramadan


Mai,

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067 (Mai) - untuk respons segera
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @bukumaia

0 comments: