Tutup Saja TV Itu...Tips Kurangkan Ketagihan Menonton TV


Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi Isnin..hari baru minggu yang baru..masih di bulan Januari:)


Alkisahnya, TV kami sekarang dah tak dapat banyak siaran. Dah lama kami berhenti langgan a*tro, mungkin dah 4-5 tahun macam tu. Tapi, sebelum ni tak ada masalah pun boleh je tengok semua siaran percuma. Taktaulah di mana silapnya aerial bangunan ni, lebih kurang setahun jugaklah siaran TV dah tak cantik. Kadang-kadang langsung tak ada gambar semua siaran. haha. Klimaksnya bulan Disember 2016 yang lepas..lepas ribut petir kilat, semua siaran keluar bintik-bintik je. hahaha.

Adalah dalam seminggu kami tak tengok tv langsung..Masa tu juga Sofiy bersunat. Kesian juga dia bosan je dah la tak boleh bergerak sangat, tak ada apa pulak nak tonton. Mujur ada laptop umi, umi tak bawak pergi kampus masa tu. Dapatlah tengok Boiboiboy, Upin, Ejen Ali dan lain-lain.

Lepas seminggu bersunat, Sofiy balik kampung. Umi ayah pulaklah rasa bosan tak tengok tv langsung. Makanya, pergilah beli aerial cabang kat Tesco tepi rumah ni. Beli pun yang paaaling murah. haha. Nampak tak kedekutnya di situ. Balik rumah, dah connect, dapat 1 siaran je yang elok -- TV9. Siaran 1, 2, 4 langsung mintak maaflah tak dapat langsung. TV3, NTV7, 8TV boleh tengok tapi kena ubah aerial tu..jadinya kalau tengah tengok TV9 nak tengok TV3, sila la ubah..pastu nak tengok pulak NTV7, kena ubah lagi kedudukan aerial. hahaha..macam zaman dolu-dolu.

Alhamdulillah, saya dah nampak hikmahnya. Sofiy mula-mula balik dari kampung mengomel jugaklah..mana taknya..rumah opah dia ada a*tro. Gambar clean & clear, nak tengok kartun tak berenti pun boleh. Balik sini...hadaplah TV9 tu. hehe. Nak betulkan sendiri aerial tak reti. Hasilnya, boleh nampak ketagihan kepada tv tu dah berkurangan. Sebab apa, balik-balik CJ W*w Shop...bosan aih. Kalau ada duit terlebih boleh juga beli, ni dengaaaar je lekca diorang tu, belinya tak dapat. Sekarang ni anak-anak layan Keluang Man, Upin Ipin je weekdays. Weekend je la umi rajinlah sikit adjust aerial bukak TV3, kalau ada kartun bolehlah tengok. 

Alhamdulillah, anak-anak dah tak de komplen apa-apa lagi. Si kecik Farhan cuma nak Upin Ipin je. Kena fahamkan dia waktu siaran Upin Ipin tu 1 kali je sehari. Sofiy pun, cukup dapat tengok Keluang Man, Upin & Ipin, Boiboiboy Galaxy hujung minggu, kadang-kadang tengok kartun Larva.

Baiklah,  entri ini tidak bermaksud saya mahu menunjuk baik, atau saya rasa saya bagus dan orang lain tidak baik. Saya menulis atas dasar melatih diri dan hati. Jika baik jadikan teladan, jika tidak setuju..kita raikan pandangan masing-masing.

...to be continue

0 comments: