Alhamdulillah, hari ini sudah 23 Ramadhan 1438H.

Ramai yang sudah terasa cepatnya masa berlalu. Sungguh, masa berlalu pada zaman sekarang ni terasa terlalu cepat, apatah lagi bulan istimewa ini, memang rasa macam nak tahan je supaya masa tidak berlalu terlalu pantas. 

Biasanya, bila semakin hampir berakhirnya Ramadhan, soalan yang biasa ditanya tak kisahlah sesama kawan-kawan, di media sosial, di corong radio, berbunyi begini: "Macam mana persediaan raya? Baju raya dah ada? Berapa pasang?" 

Secara peribadi, pada saya...soalan pertama tu ok, sebab persediaan raya tu general, macam-macam. Kemas rumah pun persediaan raya, plan balik kampung pun persediaan raya, beli bahan mentah nak masak pun persediaan raya. Tapi semacam tak lengkapkan kalau tak termasuk pakaian baru untuk dipakai pada hari raya. Saya rasa, sudah sampai masanya masyarakat kita refresh dan fahami semula tentang 'baju raya'. Usah dijadikan trend turun-temurun diikut tanpa kita memahami mengapa kita berbuat demikian, paling penting bagaimana pandangannya menurut Islam. 

Saya terkesan dengan status seorang sahabat di Facebook, yang berbaur sedih tidak ada baju raya baru tahun ini. Ya, semua maklum tahun 2017 ialah tahun ekonomi Malaysia gawat. Gawat sungguh-sungguh sehingga memberi kesan langsung yang hebat kepada rakyat. Jadi, memang ada antara kita yang tidak memperuntukkan belanjawan untuk 'baju raya', terutamanya emak-emak dan ayah-ayah. Mungkin baju raya anak-anak tetap ada, sehelai dua atas faktor saiz anak yang semakin membesar, dan juga untuk menggembirakan anak-anak. 


Usah bersedih, dan usah malu jika tidak berbaju raya baru. Usah segan kalau baju raya kita tahun ini tak sama fesyen mengikut trend semasa. Tahun inikan trend Saloma, lip lap lip lap dan juga bulu-bulu :) Tudung pula macam-macam dah sekarang, yang saya memang tak ikut pun perkembangannya. Saya petik sedikit daripada artikel tulisan Ustaz Zaharuddin tentang amalan yang digalakkan dilakukan pada hari raya Aidilfitri. Salah satunya ialah; 

"Memakai pakaian terbaik yang ada. Perlu mengikut kemampuan dan tidak dibenarkan berlaku pembaziran. Jangan sampai membazir, dan jangan sampai menghina pakaian orang lain"

Jadi, berbaju raya baru itu tidak sampai tahap wajib pun sebenarnya. Yang digalakkan ialah memakai pakaian yang bersih dan baik. Mungkin baju yang dibeli awal tahun hari tu ialah pakaian terbaik kita. Atau, baju raya haji tahun lepas, boleh jadi baju 3 tahun lepas? Baju kan benda yang tahan lama, kecuali saiz badan kita berubah. hehe.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, suka saya ajak sahabat semua berjimat-cermat, dan bersederhana. Dahulukan apa yang lebih penting. Misalnya, membayar zakat fitrah ah dan infak di bulan Ramadhan itu lebih dituntut. Servis kereta untuk kegunaan balik ke kampung itu lebih penting sebab melibatkan nyawa dan keselesaan kita sekeluarga. Pulang berhari raya menziarahi ibu bapa dan sanak saudara itu lebih dituntut kerana tujuannya untuk mengeratkan silaturrahim. Membeli makanan tuk dijamu seadanya itu juga lebih baik kerana meraikan tetamu. Kita sendiri tahu apa yang priority untuk kita dan keluarga. Kalau memang berkemampuan, apa salahnya...silalah beli sekadarnya, tak perlu sampai 20 pasangkan. Kerana menurut Islam sambutan Aidilfitri hanya sehari. Selebihnya adalah sambutan Aidilfitri 'gaya Malaysia'. Risau berlaku pembaziran. 

Akhir kata (kena stop tulis, anak dah merengek nak tengok Didi..haiila), beraya secara bersederhana itu lebih nikmat. Tak percaya, cubalah :)
Salam Nuzul Qur'an buat semua ummat Islam. Selain menghayati peristiwa turunnya wahyu kitab Allah ini, sama-sama kita imarahkan Ramadhan yang berbaki dengan al-Qur'an. Kita baca, kita dengar, kita hayati, kita tadabbur dan kita kongsi pengajaran daripada kitab suci ini. In sha Allah.

Di bawah ini saya salin semula nasyid (doa) khatam al-Qur'an yang digalakkan kita baca selepas selesai membaca al-Qur'an. Semoga al-Qur'an terus menjadi pendamping dan pembimbing kita setiap masa, untuk kejayaan dunia dan akhirat. In sha Allah. Jom kita hayati. Jika anda nak lagukan, boleh KLIK VIDEO DI SINI





Allahummarhamna Bil Quran
Waj'alhulanna Imaaman Wa Nuuran Wa Huda Wa Rohmah
Allahumma Dzakkirna Minhu maa Nasiina
Wa'allimna Minhu maa Jahiilna
Warzuqna Tilaawatahu
Aana Al Laili Wa Atrofan Nahaar
Waj'alhulanna Hujjatan
Yaa Rabbal 'Alamin


Allah rahmati kami dengan Al Quran,
Jadikan ia pimpinan cahaya petunjuk dan rahmat,
Allah ingatkan kami apa yang terlupa, ajarkanlah,
Yang tak diketahui,
Rezekikan kami membacanya,
Sepanjang siang hari,
dan sepanjang malam,
Jadikan ia hujah kami.


Ya Rabbal 'Alamin


Oh ya...di kesempatan ini saya nak uar-uarkan juga, jika anda nak dapatkan Al-Qur'an Humaira boleh dapatkan melalui kami @bukumaia



Harga: RM45 sahaja



Mai,

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067 (Mai) - untuk respons segera
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @bukumaia
Assalamualaikum, salam penghulu hari, Jumaat yag berkat.

Di kesempatan ini saya nak uar-uarkan PROMOSI HEBAT RAMADAN yang penerbit kami lancarkan bulan ini, bulan Ramadan 1438H (2017). Promosi apa tu? Menarik sangat ke?
Allah...pada saya yang berstatus pengedar ni pun dah rasa promosi ni sangat-sangat menarik. 


PROMOSI HEBAT MELEBIHI 70% !!!

Bukan senang tau nak dapat diskaun sampai macam ni. Kalau sale kat pasar raya tu, 50% pun dah berbintang-bintang mata kita. Rasa ruginya kalau tak grab. Betul tak? Ini pulak melebihi 70%. Harga asal buku ini RM9.90, dah diskaun 70% jadi berapa? Anda JIMAT sehingga RM7. Diskaun RM7, mestilah nakkan?

BUKU MINI PANDUAN SOLAT LENGKAP

Mungkin kalau sekadar beri tajuk buku, tak cukup yakin lagi berbaloi beli. Jadi, ni saya nak tunjuk la bagaimanakah Buku Mini Panduan Solat Lengkap ni.


Buku Mini Panduan Solat Lengkap ini didatangkan dalam 4 pilihan corak / design kulit hadapan. Jadi boleh pilih ikut warna dan corak yang anda suka. Nak campur-campur pun tak ada masalah. 

Mengapa dikatakan buku ini LENGKAP? Walaupun saiznya kecil sahaja, saiz A6 atau pocket size biasa orang sebut, tetapi buku ini lengkap dengan ilustrasi dan tatacara solat bermula wudhu' sehinggalah zikir dan doa. Setiap langkah juga dibezakan antara lelaki dan perempuan. Maknanya untuk lelaki ada gambar lelaki, untuk perempuan ada gambar perempuan. Sebab, ibadah solat ni memang ada perbezaan dalam gerakannya antara lelaki dan perempuan. Misalnya jarak kaki, cara takbir dan sebagainya. 




Lebih menarik dan lengkap lagi, selain gambar langkah-langkah ibadah solat, ada juga bacaan dalam solat disertakan bersama. Bacaan ini pula ditulis dalam bahasa Arab dan ditranskripsikan ke dalam tulisan rumi. Jadi, sangat-sangat membantu untuk mereka yang baru nak belajar solat dan tak pandai membaca al-Quran. Saya bagi contoh, bacaan yang ditranskripsikan 

SUBHANA RABBIYAL A'LA WABIHAMDIH

Selain itu, ada juga makna bacaan dalam bahasa Melayu. Jadi, kita boleh faham setiap bacaan yang kita lafazkan dalam solat, dan ini tentunya membantu kita lebih khusyu' serta connect dengan Allah. Ye la, kalau bercakap tapi tak faham, kan maksud tak tercapai?

Di akhir buku diselitkan juga tentang solat hari raya dan solat qasar serta jama' mengikut JAKIM.

In sha Allah, saya yakin buku ini sangat bermanfaat untuk semua peringkat dan golongan. Lebih- lebih lagi kepada anak-anak / remaja yang baru belajar solat. Begitu juga untuk ibu bapa yang biasa mendirikan solat, tetapi mungkin nak revise semula mana tahu ada lagi kesilapan kecil yang dilakukan dalam solat. 

BAGAIMANA NAK DAPAT HARGA DISKAUN 70%  INI?

PROMOSI ini adalah istimewa untuk pembelian Buku Mini Panduan Lengkap Cara-cara Solat dengan kuantiti seribu (1000) unit dan ke atas, pada bulan Ramadan 1438H (2017) sahaja. Tarikhnya bermula 27 Mei 2017 sehingga 24 Jun 2017. 

Jadi, untuk anda yang bercadang nak adakan majlis kenduri atau program besar-besaran mungkin selepas raya nanti, atau pada bulan Julai atau Ogos, ataupun hujung tahun 2017, cepat-cepat grab offer ini sebelum promosi ini tamat. Sayang tau...saya pulak yang rasa terkilan kalau pelanggan-pelanggan saya mesej bertanya tentang promosi ini setelah promosi tamat nanti. 


PAKEJ KOTAK DAN TASBIH MINI

Kami juga menyediakan pakej kotak dan tasbih mini untuk buku ini. Kami ada pillow box yang cantik ini, dengan label keemasan / perak bertulis Terima Kasih. Kotak dan tasbih tidak terikat dengan kuantiti dan tarikh promosi. Maksudnya, mungkin anda beli 1000 buku, tetapi hanya mahukan 250 unit kotak dan tasbih untuk VIP, pun boleh. 

contoh kotak


Sebarang TEMPAHAN / PERTANYAAN bolehlah hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah. 

#bukumini
#doorgiftmurah
#bukuminipanduansolat
#kotakdoorgift
#promosiramadan


Mai,

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM: 012 3302067 (Mai) - untuk respons segera
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @bukumaia

Alhamdulillah, dah pun hari ke-12 umat berpuasa tahun ini, 2017.

Anda ibu mengandung yang berpuasa? Alhamdulillah, tahniah! 

Sebenarnya saya hanya nak berkongsi pengalaman saya 3 kali mengandung dan terkena pada bulan Ramadhan.

Anak pertama - 2008 - sebaik saja sehari mula alahan morning sickness, terus masuk Ramadhan. Kandungan kira-kira 6 minggu la kot.

Anak kedua - 2014 - Ramadhan masa kandungan dah 7 bulan, tapi masih alahan muntah dan pening masa tu. 

Anak ketiga - 2017 (sekarang la) - Ramadhan masa 15 minggu dan masih lagi alahan. 

Jadi kesimpulannya, tiga - tiga kali mengandung dan berpuasa, saya tengah alahan.


Keajaiban Berpuasa

Sebelum saya share tentang tips, pengalaman dan sebagainya...saya nak cerita tentang keajaiban berpuasa yang berlaku pada saya dan kandungan. 

Masa anak pertama, memang pengalaman pertama alahan. Tapi tak terfikir pun taknak berpuasa. Bila doktor kata boleh puasa, tak ada masalah, maka saya pun puasa. Memanglah mencabar, tapi apa yang ajaibnya, berpuasa menyebabkan mabuk mengandung saya jadi kurang. Saya macam tak ingat sangat yang saya ada mabuk teruk masa tu. Tapi lepas raya memang ada muntah-muntah masa kat kampung. 

Masa anak kedua mabuk saya lebih teruk daripada yang pertama, dan melarat sampai 7 bulan. Saya tak boleh langsung hadap komputer. Kalau kat rumah, lagi teruk mabuknya, kalau keluar jalan-jalan ok pulak. Mengandung yang ini juga saya diserang batuk berlarutan dan doktor diagnos sebagai asthma during pregnancy, siap dapat inhaler. Batuk teruk + alahan memang tak larat. Tapi saya tetap puasa. Secara tak sedar, rupanya sepanjang puasa tu mabuk saya kurang, lepas raya terus hilang. Hilang dengan batuk-batuk sekali. Alhamdulillah.

Sekarang ni anak ketiga. Ma sha Allah..lagi teruk mabuknya kali ni. Kalau dulu tak leh mengadap laptop, kali ni handphone pun tak larat nak tengok. Tergolek je.Muntah tak kira masa, tak kira di mana. Pening semua cukup. 2 bulan suffer yang teruk sangat. Hujung Mei kan puasa...saya nekad puasa jugak walaupun masih muntah setiap hari. Nak try test kononnya. Apa berlaku? Saya berjaya berpuasa! Alhamdulillah. Hari ni dah hari ke-12, saya rasa dah nampak kurangnya alahan saya. Sebelah pagi 9 -12 tu memang masih tak larat, muntah pening. Tapi lepas zohor macam dah ok sampai la ke malam. Kalau sebelum ni, celik mata je muntah sampai nak tidur pun masih loya.
Alhamdulillah, dah pun 11 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan 1438H ni. Macam mana, badan dan perut dah mula biasa dengan rutin lapar dan dahaga di waktu siang? Kalau budak-budak pun termasuk anak saya yang umur 8 tahun ni nampaknya dah tak merungut lagi lapar ke, tak larat ke, malah tambah-tambah aktif pulak di hari yang dia berpuasa. Ada hari yang tak puasa tu nampak macam letih sangat. 

Di bawah ni sajalah saya share rumusan fisiologi puasa yang viral kat Facebook awal-awal Ramadhan hari tu. Menarik juga pada saya. Sekarang kita berada di fasa yang ke-3, iaitu:

- Proses detoksifikasi berlangsung dengan sel-sel mati dan rosak dikeluarkan. Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki. Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini. Dalam fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas. 



Walaupun badan dah rasa ok, dan dah mula malas bangun sahur...no no no ye..bangunlah sahur kerana pada sahur itu ada keberkatan. Memang..ngantuknya..letihnya..sebelah malam dah terawih, tidur beberapa jam dah kena bangun pulak. Tapi, apa kata kita jadikan rutin sahur ini sebagai peluang untuk kita laksanakan solat sunat malam (qiamullail), dan kita teruskan pada bulan-bulan yang akan datang. Ramadhan kan bulan tarbiyah?

Baiklah, dah Asar ni...saya nak beransur dulu. Semoga puasa dan amal ibadah kita diterima Allah. 
Alhamdulillah, sudah Ramadhan ke-9 hari ini. Bangun sahur ke tadi? Alhamdulillah, jika sudah 9 hari kita mampu bersahur, berpuasa dan beribadah lebih daripada bulan-bulan sebelumnya. Jika belum, in sha Allah berkat doa dan tekad serta mujahadah, saya doakan berbaki 20 hari dalam bulan Ramadhan ni adalah hari-hari terbaik buat semua pembaca MAIA.

Sebenarnya, dalam 2-3 hari ni saya terima banyak sangat Whatsapp bertanyakan Buku Mini Asmaul Husna untuk dijadikan cenderahati, sama ada ada cenderahati majlis khatam al-Qur'an ataupun lain-lain tujuan sedekah dan hadiah. Cumanya, ramai yang bertanya tu attach gambar Asmaul Husna mini yang lama, iaitu keluaran 2015. Saya mohon berbanyak maaf, kerana Asmaul Husna Mini jenis tersebut (yang lipat-lipat) dan design tersebut kami dah tak keluarkan lagi.

Antara tujuan Asmaul Husna mini sekarang diterbitkan dalam bentuk buku mini dan bukan lagi foldable flyers, adalah demi ketahanan Asmaul Husna tersebut. Asmaul Husna jenis buku lebih tahan lasak walaupun dibuka berkali-kali, tetapi yang jenis lipat akan mudah koyak pada lipatan tersebut jika dibuka berkali-kali. Berkenaan design juga, kami memang sentiasa tukar design baru apabila stok sesuatu batch dah terjual. Supaya tak jemu :)

Jadi, kat sini saya nak kemaskini produk-produk buku mini dan design terkini yang kami ada, yang sesuai untuk anda dapatkan dan jadikan sebagai cenderahati majlis khatam al-Qur'an di tempat anda sempena Ramadhan ini.

Buku Mini Asmaul Husna







Ada 9 design pilihan seperti gambar di atas. Saya harap tak ada design yang out of stock awal sangat :)
Kami menyediakan 3 pakej buku mini Asmaul Husna seperti berikut:

Pakej A - Buku mini Asmaul Husna + Kotak + Tasbih mini
Pakej B - Buku mini Asmaul Husna + Kotak
Pakej C - Buku mini Asmaul Husna sahaja

Tasbih Mini


Kami juga ada pakej buku mini bersama tasbih mini yang cantik berkilauan bak mutiara ini. Tempahan tasbih mini perlu lebih awal kerana tasbih ini 'hand made' dan 'home made' :)


Buku Mini Yasin




Ramai yang puji design Yasin mini kali ini cantikk! Alhamdulillah. Surah Yasin memang biasa kita jumpa di mana-mana, jadi kami serlahkan Yasin mini ini dengan corak yang menarik. Ada 8 design / corak yang anda boleh pilih, nak campur pun boleh. 


Ini kotak Yasin sahaja, kotak coklat dengan bunga keemasan atau perak. Kelihatan sangat mewah.



Ini pula kotak baru, 'pillow box' yang sesuai untuk semua jenis buku mini saiz A6 dan yang lebih kecil. Kalau dihias dengan reben, memang cantik kotak ni.

Pakej A - Buku mini Yasin + Kotak + Tasbih mini
Pakej B - Buku mini Yasin + Kotak
Pakej C - Buku mini Yasin sahaja


Buku Mini Panduan Solat 

Buku ini memang istimewa kerana walaupun saiznya mini, tetapi lengkap dengan gambar langkah demi langkah untuk solat bermula wudhu' sehingga zikir dan doa. Gambar juga ada kategori lelaki dan wanita, sebab ada perbezaan sikitkan antara pergerakan anggota lelaki dan wanita dalam solat.

Tak cukup dengan itu, buku ini juga lengkap dengan bacaan dalam solat yang ditulis dalam bahasa Arab, kemudiannya ada transkripsi ke dalam bahasa Melayu (tulisan rumi tapi bunyi Arab) untuk mereka yang belum dapat membaca tulisan al-Qur'an. Seterusnya, setiap bacaan dilengkapi dengan makna. 

Di akhir buku, ada juga diselitkan tentang tatacara solat jama' dan qasar mengikut JAKIM.



Buku Mini Panduan Solat didatangkan dalam 4 design 
Harga runcit: RM9.90
Harga borong: harga jauh lebih rendah

PROMOSI RAMADHAN BUKU MINI PANDUAN SOLAT: Pembelian 1000 unit dan ke atas akan menikmati potongan harga melebihi 70%

Buku Mini MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)


Ya, buku MMR ini buku lama (2013), tetapi isinya tidak pernah ketinggalan zaman. Isinya sentiasa relevan. Oleh sebab itulah, sehingga kini masih mendapat permintaan untuk tujuan sedekah dan cenderahati. Cuma, mohon diambil perhatian bahawa stok buku mini MMR ini sudah sangat-sangat terhad. Saya pun tak pasti adakah penerbit akan terus mencetak buku ini atau tidak, kerana sekarang sudah pun terbit sambungan buku penuh Mudahnya Menjemput Rezeki iaitu Mudahnya Menjemput Rezeki 2. 


Isi kandungan buku mini MMR


Buku terbaru: MMR2 (versi penuh RM20)

Al-Qur'an Humaira

Harga: RM45.00

Ada 10 warna menarik untuk Al-Qur'an Humaira ini, dalam 2 design sama ada zip (atas) atau magnet (bawah). Al-Quran Humaira juga dikenali sebagai Al-Qur'an Pelangi kerana halaman dalamnya yang berwarna-warni. Mungkin Al-Qur'an ini sesuai dihadiahkan kepada jemputan VIP, pelajar cemerlang, tokoh pelajar, pemenang pertandingan dan sebagainya. 


Harga Buku-buku Mini:

Mesti ramai yang nak tau harga buku-buku mini ini. Ya, saya faham, lebih mudah kalau ada harga di sini. Namun, saya tak dapat berikan harga secara terperinci kerana kami memberi harga diskaun istimewa untuk pembelian secara borong dan mengikut pakej-pakej tertentu. Lebih kuantiti yang ditempah, maka harga lebih istimewa untuk anda.

Oleh itu, sebarang pertanyaan / tempahan bolehlah hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah ini. In sha Alllah, kami akan memberikan layanan yang terbaik.


Puan Mai

SMS/WHATSAPP: 012 3302067 (Mai) - respons paling segera
INSTAGRAM: @bukumaia
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman (jika bukan friend di FB, ada risiko mesej lambat diterima)
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina (lebih mudah tinggalkan mesej di sini)

Buku apa?

MMR 2

Yang Mudahnya Menjemput Rezek tu ke?

Iye, yang itu lah.

Siapa tulis? Ustaz yang sama ke?

Ya, betul. Ustaz Fathuri juga penulisnya.


Saya tahu, ramai yang terkejut dan seakan tak percaya betul ke berita ni. Takde angin takde ribut tiba-tiba dah terbit sambungan buku Mudahnya Menjemput Rezeki yang pernah menjadi fenomena sekitar tahun 2013, malah sebenarnya sehingga kini kesan MMR masih terasa dalam hati-hati mereka yang pernah membacanya. 

Untuk itu, jom kita tengok macam mana rupanya buku MMR 2 ni? 


Taraa..tak banyak beza pun pada kulit luarnya..hanya tambah no 2 sahaja, dan dah tak ada semut lagi. Saya rasa elok juga begini, tak lari jauh daripada konsep kulit luar MMR. Mudah dikenali, sekali pandang dah nampak.

Bagaimana pula dengan isi dalamnya? Tajuk apa pulak yang Ustaz ketengahkan dan kupaskan kali ini?






Bagi yang berminat nak dapatkan buku ini, boleh cepat-cepat buat tempahan dengan kami. Bagaimana caranya, macam biasa, hubungi kami melalui medium di bawah:


Puan Mai

SMS/WHATSAPP: 012 3302067
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman (jika anda pm di sini, ada kemungkinan saya lambat menerimanya kerana bukan friend di FB.)
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
INSTAGRAM: @bukumaia

Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan Ramadan al-Mubarak. Syukur ya Allah Kau panjangkan usia kami, kau rezekikan kami bertemu tetamu istimewa Ramadan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Ramadhan Kareem" dan salam Ramadan buat semua umat Islam di seluruh dunia. Apa azam Ramadan tahun ini? Ya, tak salah kita menyemai dan membina azam yang baik-baik terutamanya untuk ukhrawi dan boleh jadi juga untuk duniawi selagi mana tidakmencacatkan pahala puasa kita. Kan?

Saya pun ada beberapa azam Ramadan tahun ini. Antaranya, saya mahu Ramadan tahun ini menjadi bulan yang produktif sama ada dalam beramal ibadah, dan juga produktif dalam komitmen pelajaran dan pernigaan. Mudah-mudahan Allah permudahkan hasrat saya ini. Amiin.
Assalamualaikum wbt, kepada semua pembaca blog MAIA. 

Lama tak bersiaran, semuanya berstatus draf. Beginilah ibu mengandung, alahan tak dapat diduga.


Dalam entri kali ni saya nak ambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al- Mubarak buat semua umat Islam. Selamat berpuasa dan beribadah. Semoga segala ibadah kita diterima, dan semoga kita diberikan kesempatan dan peluang mendapat rahmat dan keampunan daripada Allah S.W.T.

Selain puasa yang sebenar-benar puasa, mari kita lipatgandakan bacaan al-Qur'an, sedekah, menyambung silaturrahim, zikir, istighfar, solat sunat dan juga doa. Antara waktu mustajab doa ialah sebelum berbuka puasa. Doalah sepenuh hati. Mudah-mudahan doa-doa kita diperkenankan Allah.

Seperti tajuk entri, tentang CENDERAHATI MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN. 

Seperti lazimnya, pada bulan Ramadhan ni diadakan tadarus secara berjemaah sama ada di sekolah, di pejabat, di masjid, taman perumahan dan lain-lain. Setelah selesai sesi tadarus, biasanya di hujung Ramadhan, akan diadakan majlis khatam al-Qur'an. Dalam majlis ini nanti dimeriahkan dengan buah tangan / cenderahati untuk tetamu. Biasanya buku-buku mini yang @bukumaia edarkan menjadi pilihan. Kami ada Buku Mini MMR, Buku Mini Asmaul Husna, Buku Mini Yasin, dan juga Buku Mini Panduan Solat. Kami juga sediakan set buku mini ini dengan tasbih mini dan pakej berkotak yang cantik.









Alhamdulillah, setiap tahun permintaan pelanggan tak putus membuat tempahan. Nak tempah customized nama pun boleh, kami sediakan printing sticker lutsinar untuk ditampal pada buku mini tersebut. 

Sebagai tanda sokongan kepada semua pelanggan kami, dan demi kelancaran proses tempahan dan penghantaran, kami sangat-sangat menganjurkan tempahan dibuat lebih awal daripada tarikh majlis. Ini kerana, kami ada pengalaman buku tempahan pelanggan hanya sampai pada waktu majlis sedang berlangsung, dan ada juga yang tiba pada sebelah petangnya sedangkan majlis diadakan pada sebelah pagi. Kelewatan ini memang di luar kawalan kami kerana tempahan dibuat sehari sebelum majlis. Kami memang sedaya upaya akan poskan seawal yang mungkin, tetapi kadang-kala berlaku kekangan atau halangan daripada pihak kurier. 

Antara halangan yang biasa berlaku:

- Penghantaran barangan melalui kurier biasanya lebih banyak pada bulan Ramadhan, kerana ada banyak tempahan barangan sempena puasa dan hari raya (sekarang kan semua pun pakat beli online).Jadi, kami penjual juga kena keluar awal ke pejabat pos untuk beratur tunggu giliran. Oleh itu, tempahan paling lewat boleh diambil dan sempat pos hari yg sama mungkin terhad.

- operasi pejabat pos juga sedikit pendek daripada bulan-bulan tak puasa. Kalau bulan tak puasa kadang barangan yang diposkan tu pukul 5.30 baru jalan naik lori pos, tapi di bulan puasa 4.30 lori dah datang kutip barang. Kalau lambat, esok la pulak jalan. Jadi, kenalah datang awal untuk pengeposan. Langkah selamat, kami di MAIA biasanya akan pos pada sesi pagi sebaik sahaja pintu pejabat pos dibuka. 

- Banyaknya barang yang perlu dihantar kadang kala menyebabkan lori pos / kurier tak dapat hantar pada hari yang sepatutnya ekoran lewat daripada waktu operasi. Contoh, van poslaju untuk penghantaran hanya beroperasi sehingga jam 6 petang. Lewat daripada tu, mereka akan hold dulu barang tu dan hantar semula esoknya.

- Operasi pos / kurier juga biasanya tidak lagi memberi jaminan barangan yang dipos pada minggu akhir sebelum hari raya akan dapat dihantar sebelum hari raya sebagaimana jadual biasa. Katakanlah majlis khatam al-Qur'an itu diadakan pada 27 Ramadhan dan tempahan dibuat pada 26 Ramadhan, kami memang tak berani jamin tempahan akan sampai pada tarikh yang dihendaki. 


Sehubungan itu, saya sangat berbesar hati sekiranya pelanggan -pelanggan MAIA dapat membuat tempahan sekurang-kurangnya 10 hari daripada tarikh majlis / tarikh tempahan akan digunakan, untuk mengelakkan masalah kelewatan. Sebenarnya, kami sendiri berasa susah hati sekiranya tempahan anda tidaki diterima pada waktu yang sepatutnya. 


Dah ada tarikh majlis? Jadi tempahlah sekarang. Kami suka untuk memberikan khidmat terbaik kepada anda :)

Bersama kita imarahkan bulan Ramadhan ini dengan infaq, wakaf dan sedekah. Semoga ganjaran berlipat ganda buat kita semua. Amiin.


Tempahan BUKU MINI:

Puan Mai

SMS/WHATSAPP : 012 3302067
FACEBOOK PERIBADI: Maizura Osman
FACEBOOK FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
INSTAGRAM: @bukumaia
Alhamdulillah, setelah setahun berlalu, rekaan buku mini Yasin yang kami edarkan boleh dikatakan sold out. Kesian pada pelanggan-pelanggan akhir-akhir ini sebab tak banyak pilihan yang tinggal. 

Maka, kami nak uar-uarkan design terkini buku mini Yasin yang ada sekarang. Baru je siap cetak panas-panas lagi ni. Alhamdulillah, setelah dimuat naik ke media sosial dan kumpulan-kumpulan WhatsApp, rata-rata tertarik dan jatuh hati dengan design baru ni. 

Berkebetulan pula kita nak menyambut Ramadhan tak lama lagi, saya kira sesuai sangatlah bagi sahabat yang mahu menambah saham akhirat dengan jadikan naskhah comel ini sebagai sedekah Ramadhan. Boleh juga dijadikan souvenir sempena majlis khatam al-Qur'an. In sha Allah, pahala berterusan selagi diamalkan.

Baik, jom kita tengok corak-coraknya yang cantik-cantik ni:




Ada 8 corak kesemuanya memikat hati. Kali ni corak banyak bunga-bunga dan batik. Dalam banyak-banyak ni, saya paling suka no. 4. Hehe. Ini pada pandangan mata saya la. Kalau ikut pengalaman saya, minat pelanggan ni berbeza-beza termasuklah warna. Oh ya, nak campur-campur design pun boleh, jangan risau. Cuma, untuk pembelian dengan harga borong ada minimum order iaitu 50 unit.

Kami juga menawarkan pakej surah Yasin ini dengan #kotakyasin dan #tasbih mini. Selain itu, boleh juga kalau nak setkan dengan buku mini Asmaul Husna. Ada design yang sengaja kami buat sama, Yasin dan Asmaul Husna.


Kotak Yasin dengan hiasan bunga berwarna emas dan perak.

Gambar di atas ni hanya kotak sahaja ye, usah salah faham. Yasin daripada design pilihan tadi, kita masukkan pula dalam kotak ni. Kalau ambil pakej tasbih mini, pun boleh masuk sekali. 


Inilah tasbih mini yang kami bekalkan. Ada macam-macam warna. Boleh juga request warna pilihan, TETAPI kami sangat-sangat galakkan tempahan tasbih dibuat awal sebab tasbih ini handmade dan homemade. Di musim-musim cuti dan Ramadhan order tasbih ni banyak, jadi kami sangat mengharapkan tempahan awal. 



Ini pula design Asmaul Husna yang boleh anda pilih. Mungkin nak Yasin dan Asmaul Husna sekali. Boleh saja.

Berminat?

Sebarang pertanyaan / tempahan bolehlah hubungi kami melalui medium di bawah:

Mai

SMS/WHATSAPP: 012 3302067 (Mai)
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
FB PERIBADI: Maizura Osman
INSTAGRAM: @bukumaia

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dah lebih kurang sebulan buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan (RBVK) ni berada di pasaran dan sampai ke tangan pembaca. Tahniah buat pembaca-pembaca yang membuat pre-order dan dapat buku dengan tanda tangan penulis.

Walau bagaimanapun, buat yang baru tahu tentang buku viral ni, atau mungkin baru jumpa iklan ni...jangan risau ye. In sha Allah, buku ni masih ada stok lagi pada kami. Hubungi je kami dan buat tempahan anda. Harganya sebagaimana dalam gambar, RM25 sahaja. Pos dalam semenanjung RM8. Pos Sabah Sarawak RM11. 


Di sini saya nak kongsikan apa kata pembaca kami tentang buku ni. Mereka ini kawan-kawan saya, lama dan baru. Mereka ini ialah usahawan yang dah lama berkecimpung dalam dunia pernigaan secara online dan offline. Tapi, banyak ilmu atau rahsia yang mereka baru tahu apabila baca buku ini. Menarikkan?


Denggg! 
Baru baca 1 chapter
Terus jumpa banyak benda dah buat salah rupanya
Fesbuk = story

Nak tau lagi? Baca la sendiri. hehe



Memandangkan ilmu di dada yang sekelumit buih di lautan, maka saya ambillah inisiatif nak menambah ilmu dengan membaca.



Wow..
Memang seronok la baca buku ni...
Baru faham macam mana tentang alam maya ni


Inilah sebahagian testimoni yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. Mereka teruja apabila membaca buku RBVK ini. Mereka dapat 'sesuatu' yang 'rare' daripada buku ini. Selalunya saya akan terus minta mereka Follow penulis Khairul Hakimin Muhammad di Facebook supaya dapat terus-terusan belajar daripada beliau. Bagaimana beliau boleh maintain dan tambah follower kepada 111, 450 (setakat entri ini ditulis). Anda tak mahu ke?

Ok, saya belanja sikit gambar isi kandungan buku ini ye.



Bagaimana nak beli?

Mudah saja, hubungi saya melalui salah satu daripada medium di bawah ini ye.


Mai

SMS/WHATSAPP : 012 3302067 
FB PERIBADI: Maizura Osman
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
INSTAGRAM: @bukumaia
Jom taaruf di awal April ni๐Ÿ˜
Four Names I go by
1. Zura
2. Maizura 
3. Mai O
4. Mai
Four Places I've Worked
1. PPBL UKM
2. SRI Al-Amin
3. Uniten
4. ATMA UKM
Four Movies / Drama I love to watch
1. Dilwale Dulhania Le Jayenge - Hindustan
2. Be Careful With My Heart - Filliphine
3. A Prince Who Turns Into A Frog - Taiwan
4. The Sweet Spy - Korean
Four Places I have been (live)
1. Lenggong, Perak
2. Ipoh, Perak
3. Gombak, Selangor
4. Bangi, Selangor
Four Things I love to eat
1. Sup
2. Gulai Tempoyak
3. Laksa
4. Nasi Goreng

๐Ÿ˜†
Favorite Drinks
1. Air suam
2. Air sirap kenduri. hehe
3. Cendol
4. Soy protein shake

Saja ja..ni status copy paste di Facebook sebenarnya. Manalah tahu ada yang nak kenal-kenal kita. hehe.