Kerap dan Mudah Demam Selepas Bersalin


Assalamualaikum, salam Jumaat yang berkat. Semoga pembaca MAIA semua sihat walafiat hendaknya. Namun jika ada yang diuji dengan sakit di kala ini, pujuklah hati, sabarlah dan redholah dengan ujian Allah, itu yang terbaik. Dalam masa yang sama, kita berikhtiar mencari penawarnya.

Bercakap tentang isu sakit, ada tak di kalangan ibu-ibu baru lepas bersalin (sudah habis pantang, tapi anak masih bawah 1-2 tahun) yang rasa sekarang ni anda mudah sakit. Mudah kena demam selesema batuk. Dulu setahun sekali pun payah nak MC, tapi sejak ada anak ni dahla anak pun sebulan sekali mesti demam, mak pun kerap pulak demam. Cuti tahunan pun dan tinggal sikit. Dilemakan?

Sebenarnya, hal ni bukan kena pada anda seorang. Ramai sebenarnya. Tambah-tambah lagi dengan cuaca di Malaysia sekarang yang tidak menentu, dan persekitaran serta udara yang sangat tercemar. Bila panas, panas terik tapi tiba-tiba hujan pulak siap dengan ribut. Bertabahlah, hukum alam memang sudah begini. Tangan-tangan manusia juga yang menjadi penyebabnya.

Sebagai ibu seboleh mungkin kita tak mahu jatuh sakitkan. Pendek kata bila ibu sakit, lumpuh rumah tangga. Ibu ni, kalau dia sakit pun dia tak boleh nak cuti daripada tugas hakikinya. Tambah-tambah pulak yang masih ada baby. Saya dah pun rasa, dalam gigil-gigil pun kena la juga basuh berak anak. Bukan sentiasa boleh minta tolong suami. Pernah kena sakit mata yang sampai dua-dua mata infected. Tengah malam, mata yang berair tu dah melekat tak boleh nak celik. Tapi anak tetap juga bangun nak menyusu. Sambil pejam tu la angkat juga anak dan susukan. Sedihkan?

So, apakah punca dan apakah ikhtiar kita daripada perkara ni berlarutan? Punca utama mengapa ibu kerap demam selepas bersalin adalah disebabkan imun atau ketahanan badan daripada menentang penyakit telah menjadi rendah. Bila sistem imun badan rendah, itu yang mudah kena selesema batuk dan demam. Anak kena selesema kita pulak yang jangkit. Kadang-kadang anak tak sakit kita dulu yang sakit, berjangkit pulak dengan anak...haaa..dah satu hal nak berjaga malam menjaga anak yang demam. Hanya ibu yang faham bagaimana rasanya. hehehe.

Mengapa Imun Badan Ibu Boleh Jadi Lemah?  Jom kita check.

1-Penjagaan Semasa Berpantang Kurang Rapi

Ok, ini memang jadi faktor penyumbang. Walaupun dah habis pantang tapi masih mudah jatuh sakit. Mungkin semasa dalam pantang, kesihatan kita belum betul-betul pulih. Mungkin kita rasa kita ok, dah sihat dan dah boleh makan macam-macam, tapi sebenarnya dalaman kita masih lemah. Dalaman tu tak semestinya hal kewanitaan dan rahim sahaja tetapi juga merangkumi sistem keseluruhan tubuh badan. Urat saraf, sel-sel dan otot kita mungkin masih penat akibat proses mengandung dan bersalin, dan tidak pulih sepenuhnya.

2- Sentiasa Penat

Penat, letih memang sinonim dengan ibu yang ada anak kecil. Payah nak carilah ibu yang ada baby ni yang tak rasa penat. Ibu-ibu sekarang majoritinya bekerja. Ada yang bekerja office hour, ada yang bekerja shift lagi, ada juga yang bekerja dari rumah, ataupun surirumah. Eh, surirumah pun pekerjaan tau. Surirumah la lagi penat, anak 24 jam dengan kita. Diri sendiri pun tak sempat nak belek. Walau apapun kerjaya ibu, semuanya membuatkan ibu sentiasa terkejar-kejar dan kepenatan. Bonus jika ibu menyusu badan, atau anak sakit, extra penat:) Ok, ini bukan mengeluh ya..ini adalah realiti dan salah satu punca mengapa badan ibu menjadi lemah daya tahan penyakit. Tubuh yang tidak cukup rehat memang mudah diserang penyakit.

3- Tidak Cukup Tidur

Hehehe..gelak dulu. Kalaulah ada ibu yang selepas melahirkan anak dia dapat cukup tidur 6 jam sehari, bertuah, sungguhlah bertuah. Inilah pengorbanan ibu sejak mengandung lagi sebenarnya tidur si ibu dah terganggu. Bila anak dah lahir, memang tidur-tidur ayam je la. Pengalaman dengan anak sulung, saya cuma merasa tidur lena selepas Sofiy wean off tak menyusu badan lagi iaitu selepas umurnya 2 tahun. 2 tahun kot tak tidur dalam erti kata sebenar. Dan yesss...kurang tidur menjadi punca utama saya mudah sakit. Saya boleh nampak patternnya. Kalau saya kerap stay up atau stay up seminggu berturut-turut, berjaga-jagalah.

4- Stres

Tekanan atau stres memang menjadi punca utama imun badan menjadi lemah. Bila ibu letih, ibu tak cukup tidur, kerja rumah tak berkesudahan, ditambah dengan masalah-masalah di tempat kerja tau masalah-masalah lain seperti masalah ekonomi dan sebagainya, ibu tersebut akan rasa STRES!. Bila stres, fungsi imun badan akan semakin lemah dan semakin mudahlah diserang oleh bakteria atau virus. Itu yang sekejap-sekejap sakit tekak, sekejap-sekejap selesema. Dahla tu, lambat pulak nak sembuhnya.

Cukuplah saya bagi 4 punca ni sahaja, rasanya tak banyak, 1 mesti dihadapi oleh ibu-ibu semua.

Bagaimana Mengatasi Masalah Kerap Demam?


Past is past. Kita dah tak boleh nak kembali ke zaman berpantang. Throwback boleh la. Jadi apa yang boleh ibu-ibu lakukan? JAGA TUBUH BADAN DAN KESIHATAN SEKARANG JUGA! Tak kisahlah berapa pun umur anak kita, dah 6 bulan ke, dah belajar berjalan ke, atau anak dah lebih 2 tahun sekalipun, kita masih ada peluang untuk jaga kesihatan kita sekarang. Better late then never. Cuma, kena extra rapi lah.

Beberapa perkara di bawah ni in sha Allah akan membantu kita ibu-ibu ni jadi lebih sihat.

1- RUTIN

Kita kena ada rutin yang sistematik dan menepati cara hidup sihat

a. Mandi sebelum Subuh

Mandi sebelum Subuh adalah sangat-sangat baik untuk kesihatan, menguatkan tubuh dan menyerikan wajah. Orang yang mandi sebelum Subuh ni aura dia berbeza. Kalau tak percaya, search rutin mereka yang berjaya tak kisahlah bidang apapun. Tambah-tambah orang Islam, mandi sebelum Subuh, tentulah solat Subuh pun awal. Betul?

b. Tidur awal

Tukar rutin kita untuk tidur lebih awal, sebaiknya dalam lingkungan 9-10 malam. Badan perlukan rehat supaya imun menjadi lebih kuat.  Kalau tak biasa memang rasa macam tak boleh je sebab ada banyak benda nak settle. Anak kecil? Tidurlah ketika anak kita tidur, kecuali la dia tidur time maghrib. Sebab apa saya kata cuba tidur sekali, sebab biasanya baby tidur lena dalam 3 jam pertama selepas dia lelap. Kemudian, dia bangun menyusu dan selepas tu mungkin dia lebih mudah terjaga..,siapa lagi nak temankan ragam baby kalau bukan ibu,kan? Tapi, tidur awal ni perlu digandingkan dengan bangun awal. Tu yang dapat mandi sebelum Subuh tu. Fitrah tubuh manusia, malam ialah masa tidur dan awal pagi adalah waktu paling produktif, keadaan badan sangat segar dan sangat bertenaga. Sebab tu disarankan bangun tahajud di awal pagi, charge positif sangat hebat masa tu. Try la.

d. Makan tetap pada waktunya

Ramai yang bergelar ibu ni, dia cukup jaga waktu makan anak dan suami. Tapi tanpa disedari, dia mungkin abaikan masa makannya sendiri. Ibu-ibu yang menyusu apatah lagi, kena extra jaga bab waktu makan ni sebenarnya. Cubalah makan tetap pada waktunya, maknanya jangan skip breakfast, lunch pulak janganlah pukul 3, dan elakkan makan malam terlalu lewat.

2- PEMAKANAN

a. Air

Minum air secukupnya. Kekurangan air merupakan penyebab utama demam. Bila badan kurang air, berlaku dehidrasi dan kuman mudah attack badan kita, maka jadilah infection. Dari situlah berlakunya demam selesema batuk. Ibu yang baru bersalin dan menyusukan anak memang memerlukan lebih air untuk proses pemulihan tubuh, penghasilan susu badan, menguatkan imun tubuh dan juga menurunkan berat badan. Bagaimana nak tau air yang kita minum cukup atau tidak? Timbang berat terkini anda. Setiap 25kg berat badan anda memerlukan 1 liter air. Jadi kalau berat 50kg, air yang diperlukan ialah 2 liter sehari, minimum. Kalau dapat minum lebih adalah lebih baik. Bagi mengelakkan main agak-agak saja, setiap malam masukkan air dalam satu tumbler / bekas air berpenanda aras. Contohnya tumbler 1 liter, pastikan kita minum 2 tumbler tersebut dalam masa satu hari. Mudah untuk kita pantau pengambilan air berbanding minum ikut suka.

b. Sayur dan Buah

Semua pun maklum kepentingan sayur-sayuran dan buah dalam hidangan seharian. Bagi orang yang mudah demam atau sakit, sayur dan buah kena ambil extra. Sebaiknya sayuran hijau dan buah-buah yang tidak tinggi gula (kecuali kurma boleh ambil dalam kuantiti terkawal setiap hari). Pastikan setiap kali makan mesti ada sayur paling kurang ulam-ulam macam timun atau salad, mudah nak sediakan. Snek pun, pilihlah buah. Saya paling gemar buah epal sebab takde kesan angin ataupun sejuk. 

c. Makanan Seimbang

Makanlah makanan seimbang dengan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Lebihkan protein, kurangkan gula dan lemak. Taukan, gula adalah makanan virus!. 

3- MAKANAN TAMBAHAN

Tidak boleh tidak, dalam zaman sekarang ini kebanyakan orang perlukan makanan tambahan. Inikan pula ibu yang ada anak kecil dan rutin kehidupan sangat-sangat hectic. Ibu-ibu disarankan meneruskan makan vitamin atau suplemen walaupun selepas melahirkan, dan telah habis berpantang. Ini bukan saya sahaja yang kata, Dr. Hamid Arshat pakar sakit puan yang kata!



a. Vitamin C

Vitamin C memang merupakan vitamin anti jangkitan, menguatkan imun tubuh. Sebab tu kena banyak makan sayur dan buah, sebab sayur dan buah kaya vitamin c. Tapi pada zaman sekarang ni, dah payah nak harap pada makanan sebenar semata-mata. Khasiatnya mungkin dah pudar dan terlalu sedikit untuk keperluan tubuh. Caranya, ambil makanan tambahan. Shaklee Sustained Release Vita-C adalah pilihan paling sesuai kerana ia dilepaskan secara berkala, semulajadi tanpa pengawet dan juga dibekalkan dalam dos yang ideal iaitu 500mg.

b. Multivitamin
Multivitamin pula mengandungi sebahagian besar jenis vitamn dan mineral yang diperlukan oleh badan. Paling best multivitamin Shaklee, ada 27 vitamin dan garam galian. Serius susah nak cari multivitamin selengkap Vita-lea Shaklee. 

c. Garlic
Garlic dah banyak membantu saya di saat-saat kecemasan. Dulu, saya pandang sebelah mata je Garlic Complex Shaklee sebab harganya murah dan jarang disebut-sebut. Tapi akhirnya saya terpaksa akui bahawa garlic merupakan suplemen saya di waktu-waktu kecemasan. Bila rasa tak sedap badan, tekak berpasir, suara garau, hidung gatal-gatal dan bersin, cepat-cepat cari garlic. In sha Allah tak jadi demam atau kalau demam juga, cepat je baik. Kenapa? Sebab garlic merupakan anti bakteria semulajadi. Kuman mati, demam pun kebah.

d. Nutreferon
Nutriferon pula meripakan senjata ampuh untuk berlawan dengan virus. Ia eksklusif milik Shaklee, anda tak akan jumpa di farmasi. Ramai yang sayangkan Nutriferon ni, bukan ibu je boleh makan, anak-anak (bukan bayi bawah 1 tahun) lain pun boleh ambil pada kadar yang telah ditetapkan.

e. B-Complex
Jika anda rasa imun tubuh anda jadi lemah disebabkan stres, B-Complex adalah vitamin penenang yang mampu milik dan bakal membantu anda.

 Baiklah, serius saya mengantuk. Jom la masuk tidur rehatkan badan. Saya harap apa yang saya kongsi ni boleh memberikan manfaat kepada pembaca semua.


* Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri PutraBandar Bukit Mahkota, Bangi LamaKUISUKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

1 comments:

Unknown said...

zaman sekarang suplemen sangat membantu untuk support kesihatan, kan? kena pilih suplemen yg sesuai baru dapat manfaatnya, insyaALlah. :)