Beli Buku Allah Tempat Meminta Secara Online @bukumaia


Walaupun ramai yang sudah maklum dan ramai juga yang telah pun memiliki buku Allah Tempat Meminta tulisan Ustaz Fathuri Salehuddin bersama 40 orang penulis ini, namun kami ingin uar-uarkan sekali lagi kepada semua pembaca SinggahSana MAIA. 

Kami merupakan pengedar sah buku Allah Tempat Meminta ini, dan anda boleh dapatkan buku ini dengan pembelian secara online. Kami akan poskan buku yang dipesan kepada anda menggunakan Poslaju Malaysia / Pos Bungkusan atau kurier Citylink.

Bagi anda yang mungkin baru kali pertama mendengar tajuk buku ini, buku ATM merupakan kesinambungan atau sekuel buku Mudahnya Menjemput Rezeki karya Ustaz Fathuri yang dah pun menjadi bestseller dan mendapat award di MPH Bookstore serta menjadi 'buku fenomena' pada tahun 2013. Biarpun begitu, buku MMR masih lagi mendapat permintaan sehingga ke hari ini termasuklah di kedai maya kami ini.

Jika buku MMR ditulis secara solo oleh Ustaz Fathuri, buku ATM pula menggabungkan penulisan Ustaz selaku penulis utama dan 40 orang lagi penulis jemputan. Penulis-penulis seramai 40 orang ini berkongsi 40 buah kisah bagaimana kaedah menjemput rezeki dapat memberikan 'sesuatu' kepada mereka. Kisah mereka kisah hebat. Bukan sahaja daripada segi hasilnya, malah boleh membuatkan rahang kita jatuh sekejap apabila mengikuti kisah-kisah hidup insan lain yang selama ini tidak pernah kita ketahui. Sungguh, dugaan hidup yang kita hadapi tidaklah terlalu berat. Namun, kisah-kisah ini akan memberikan kita motivasi, semangat dan keyakinan bahawa Allah itu sentiasa Ada untuk hambaNya. Allah itu sentiasa Sayang dan Kasih pada hambaNya, dan Allah itu tidak pernah sekali-kali zalim pada hambaNya. 

Bagi sahabat yang sedang berduka, yang sedang dihimpit dengan pelbagai masalah, yang rasa penat berfikir tentang rezeki yang dirasakan terlalu lambat atau terlalu sempit, dapatkanlah buku ini senaskhah. Ia kisah benar, bukan rekaan. Lebih molek kiranya jika dapat satu set iaitu buku MMR & ATM. Daripada kedua-dua buku ini sahabat akan dapat huraian tentang konsep 'menjemput rezeki' tanpa bersusah-susah, dapat juga mengubah persepsi kita yang mungkin selama ini tersasar daripada pemahaman sebenar tentang rezeki, dan kemudian dikukuhkan lagi dengan kisah-kisha benar yang menjadi testimoni kepada kaedah menjemput rezeki tersebut. In sha Allah, akan berlaku sesuatu yang luar biasa dalam hidup sahabat jika ilmu yang difahami ini diamalkan dengan sebaiknya.

Ini salah satu testimoni ikhlas yang diberikan oleh Puan Felinna Nadia, pengasas produk kecantikan Felinna dan kini dah berkembang kepada pernigaan pakaian iaitu Felinna Boutique. Jika tidak signifikan, mengapa Puan Fel sebut tentang buku MMR di situ, betul?


#mudahnyamenjemputrezeki
#mmr
#allahtempatmeminta
#bukuatm
#bukummr
#felinna
#testimonimmr
#kisahbenar
#kisahrezeki
#jualbukuonline
#bukurezeki
#bukuagama
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK dan agen SahabatatTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
IG: @bukumaia

0 comments: