Down Sangat-sangat!! Apa Nak Buat?


Pagi-pagi, dapat whatsapp daripada seorang sahabat sepengajian, yang dah macam kakak sendiri pun. Bunyi mesejnya "Hari ni akak down sangat-sangat. Ya Allah"

Beliaulah orang yang terlalu banyak membantu saya tatkala saya diuji pelbagai ujian. Kak Z ini sangat-sangatlah baik orangnya, sentiasa senyum dan ceria walaupun beliau sendiri dikelilingi masalah. Siapalah di dunia ni yang tak da masalah ye tak? Saya sedia untuk mendengar (read: membaca whatsapp) jika beliau nak berkongsi. Tapi katanya, payah nak cerita.

"Mai boleh cadangkan apa-apa surah yang boleh akak baca?"

Jadi, saya kongsikan apa yang saya biasa amalkan, dan berkesan untuk diri saya. Bila saya rasa sedih sangat-sangat, atau rasa nak marah sangat-sangat, atau rasa tersepit sangat-sangat takpun rasa panik yang amat sangat, saya amalkan ini:

1- Surah al-Insyirah


Saya masih ingat lagi, masa saya darjah 5 dan ambil ujian UPKK si sekolah agama rakyat, dalam subjek hafazan saya kena baca surah ni. Alhamdulillah lepas jawab dengan baik sebab surah ni pendek ke. Saya kalau surah atas ad-dhuha lemah sikit, ad-dhuha ke bawah in sha Allah. Ok, ingat lagi Ustaz Tajul pesan, surah al-Insyirah ni elok dibaca dalam solat Subuh, katanya boleh menenangkan hati. Dr. Mohd Fadhillah Kamsah pun selalu pesan agar anak-anak amalkan baca surah ini dalam menuntut ilmu. 

2- Doa Mengatasi Kesedihan

Ini pulak mentor merangkap senior saya di universiti dulu yang pesan. Masa tu saya rasa sedih, saya mengadu pada dia yang saya sedih. Pesannya, baca doa ini. Saya kata, dah baca dah tiap-tiap kali lepas solat mesti baca. Dia balas balik, ulang dan ulang baca, basah di bibir sehinggalah hati kita rasa lapang dan lega. Saya cuba..alhamdulillah, dengan asbab doa ini dan kasih sayang Allah, saya rasa tenang lepas ulang doa ini banyak-banyak kali.

3- Doa Nabi Yunus


Ini pulak pesan Dr. Azizan Osman dalam salah satu emel yang dihantar kepada saya. Jika hidup seakan tidak menjadi, amalkanlah doa ini. Ramai yang tau khasiat doa ini untuk ibu-ibu yang sedang berjuang melahirkan anak. Namun tak ramai yang tahu sejarah doa ini. Ia dibaca Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan Nun, dan mengapa jadi begitu? Kerana Nabi Yunus a.s berputus asa untuk berdakwah kepada kaumnya dan ini menimbulkan murka Allah. Saya cukup rasa keberkesanan doa ini tatkala saya panik atau buntu rasa seakan sudah tak ada jalan keluar. Bacalah, bukan sekali. Sebaiknya dalam sujud terakhir ketika solat kerana Allah paling hampir dengan hambaNya ketika hambaNya bersujud kepadaNya.

4- Zikir 'Ya Salaam'

Zikir Asmaul Husna mempunyai kelebihan dan khasiat yang tersendiri. Menyeru nama-nama Allah yang 99 merupakan salah satu wasilah untuk kita mengharapkan pertolongan Allah.

"Allah mempnyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, ..."
                                                                                 Al-A'raf: 180



Di bawah ini pula merupakan beberapa buah buku yang saya sangat rekomen untuk anda dapatkan dan baca bagi memulihkan semangat, keyakinan dan kebergantungan HANYA KEPADA ALLAH, kerana DIA lah yang BERKUASA menentukan segala-galanya. Buku-buku ini bakal mengubah persepsi anda dalam memandang dunia, seterusnya akhirat. Anda boleh bertenang setelah memahami isi buku-buku ini.


Buku MMR, ATM dan BKAK

Harga buku-buku di atas ini ialah RM18/RM20 (SS) tidak termasuk kos pos.
Boleh dapatkan daripada saya, saya boleh poskan ke seluruh Malaysia dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

#tipsmotivasi
#bukumudahnyamenjemputrezeki
#bukuallahtempatmeminta
#bukubersamakesusahanadakesenangan
#bukuonline
#fathurisalehuddin

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: