Cadangan Cenderahati Majlis Khatam Al-Qur'an


Assalamualaikum, salam 16 Ramadhan. (Entri ini ditulis pada tahun 2015, baca entri terbaru berserta produk terbaru Ramadhan tahun 2017, KLIK SINI)

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah telah separuh Ramadhan kita lalui.
Tentu ramai juga yang dah semakin menghampiri surah-surah terakhir Al-Qur'an al Karim, khatam Qur'an biasa kita sebut. Saya ada juga join group tadarus tapi secara online saja, dengan kawan-kawan sepersekolahan dulu.

Dalam bulan Ramadhan ni, memang biasa diadakan majlis khatam Al-Qur'an sama ada peringkat sekolah, pejabat, istitusi mahupun komuniti kejiranan. Majlis ni biasanya dibuat pada minggu-minggu akhir Ramadhan. Jika anda pengajur dan terfikirkan cadangan cenderahati untuk diberikan kepada peserta mahupun hadirin, saya ada beberapa cadangan yang boleh dipilih.

1- Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (Mini MMR)


Contoh Mini MMR untuk cenderahati

Alhamdulillah, buku ini memang menjadi pilihan para pelanggan saya. Sesuai untuk apa-apa majlis pun termasuk masjlis khatam Al-Qur'an. Dah ada pun yang ambil untuk tujuan ini. Saiznya kecil, iaitu saiz A6 tetapi isinya sangat bagus dan padat. Buku Mini MMR ni kalau anda pegang memang anda tak akan rasa ia berharga cuma RM2.50 sahaja. Mengandungi 59 mukasurat berwarna, kertas berkualiti dengan kulit yang bercetak timbul, harga yang padan ialah RM5-6. Tetapi Buku Mini MMR ini turun harga pula dari RM2.70 ke RM 2.50 sempena pelaksaan GST. Kagumkan? Oh ya, harga RM2.50 adalah harga pasaran untuk sebuah buku mini. Jika anda ambil secara borong, in sha Allah anda akan dapat diskaun lagi.

#bukuminimmr
#bukummr

2- Pocket Gift Asmaul Husna


Pocket Gift Asmaul Husna cover biasa : Turqoise
RM2 / pcs (exclude pos)
100pcs ke atas layak dapat diskaun

Pocket Gift Asmaul Husna hard cover : Emas dan Krim
RM5.50 / pcs (exclude pos)

Satu lagi pilihan yang berbaloi ialah Pocket Gift Asmaul Husna ini. Booklet asmaul husna ini mengandungi 99 nama-nama Allah beserta makna, fadhilat (kelebihan) dan juga kaifiyyah (cara beramal dengannya). Saiznya kecil dan mudah dibawa kemana-mana, jadi ia merupakan kit bantuan di kala kita lapang atau di kala kita mengalami satu-satu situasi yang mendesak. Allah Ada di mana-mana dan mampu menolong kita pada bila-bila masa. Serulah namaNya selalu.

#asmaulhusna
#pocketgiftasmaulhusna

3- Buku Mini Allah Tempat Meminta (Mini ATM)

Mini ATM RM 2.90 / pcs

Buku Mini ATM ni sama konsepnya dengan buku Mini MMR iaitu ringkasan kepada ATM versi penuh.  Saiznya pun sama, cuma harga berbeza. Mungkin faktor penerbit dan tahun terbitan yang berbeza.

#bukuminiatm


4- Al-Qur'an Humaira Berzip

Al-Qur'an Humaira Saiz A6 RM45 (exclude pos)

Cenderahati #Al-Qur'anHumaira ini pula mungkin sesuai untuk diberikan kepada VIP atau VVIP yang hadir ke masjlis khatam Al-Quran tersebut. Ataupun, jika majlis anda adalah masjlis yang berskala besar dan grand, in sha Allah Al-Qur'an Humaira ini sangat sesuai dijadikan cenderahati atau hadiah buat peserta khatam al-Quran tersebut, manakala cenderahati mini di atas diberikan untuk tetamu. Warna Al-Qur'an Humaira ini sangat feminin? Mahu warna yang lain. Jangan khuatir, ada 5 pilihan warna Al-Quran Humaira untuk dipilih. KLIK SINI untuk melihat lebih lanjut tentang ciri Al-Quran Humaira.


#khatamquran
#mudahnyamenjemputrezeki
#bukuonline
#mmrbangi
#singgahsanamaia
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: