Allah Tempat Meminta: Koleksi 40 Kisah Benar Tentang Menjemput Rezeki

Allah Tempat Meminta: Koleksi 40 Kisah Benar Tentang Menjemput Rezeki


Ada masanya, kita rasa down, rasa terhantuk ke dinding kehidupan, rasa terperuk ke lantai dunia! Sungguh, apabila ujian melanda, dan kekuatan diri serasa rapuh..itulah perasaan yang membelenggu. Percayalah, bukan anda seorang sahaja yang rasa begitu. Boleh dikatakan setiap manusia punya masalah, dna setiap manusia pernah berasa lemah dan lelah.

Tatkala begitu, selain bermunajat kepada Rabbul Jalil, Dzal Jalali wal Ikram, kita biasanya mencari teman tempat meluah rasa. Ada masanya kita mencari kekuatan daripada perkongsian orang lain. Saya juga pernah begitu, saya google kisah atau pengalaman insan-insan yang sudi berkongsi. Tapi, pencarian itu memakan masa, kadang-kadang jumpa kisah yang tidak kena dengan keperluan kita. Sebagai seorang Islam yang beriman, kita memerlukan kisah-kisah yang memberikan motivasi, kita perlukan cerita-cerita orang yang redho, orang yang kuat dan sabar yang boleh menyuntik semangat buat diri kita yang pada waktu itu terlalu lelah dan jerih.

Buku Allah Tempat Meminta atau singkatnya ATM inilah buku yang dicari. Ia menampilkan 40 buah kisah benar berkenaan rezeki. 40 buah kisah benar ini datangnya daripada pembaca-pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) yang sudi berkongsi kisah mereka. Kisah di dalamnya pelbagai, bukan hanya tentang rezeki wang atau duit tetapi juga rezeki-rezeki yang lain seperti kesihatan, jodoh, anak, dan banyak lagi. Kisah-kisah yang terpilih ini adalah kisah hebat, membuat kita teruja dan menambah keyakinan dalam hati bahawa hanya Allahlah tempat manusian meminta. DIA Maha Kaya dan Maha Kuasa yang mampu memberikan APA SAHAJA. 


Memiliki buku ini sangat-sangat berbaloi. Di mana dapat kita cari kisah-kisah benar ini, sehingga 40 buah banyaknya. Bukan itu sahaja, buku ini juga diakhiri dengan modul MMR untuk diamalkan.
Harga buku Allah Tempat Meminta? Hanya RM18 / RM 20 (SS) tidak termasuk pos. 

Dapatkannya hari ini juga. Anda boleh dapatkan melalui kami. Kami pengedar berdaftar buku ATM ini. Hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah untuk urusan tempahan atau sebarang pertanyaan.

Kami juga merupakan pengedar buku:

Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) versi penuh dan versi mini, 
Bersama Kesusahan Ada Kesenangan (BKAK)
21 Formula Hidup Luar Biasa
Kitab Selawat Barakat Makkiyyah

#Allahtempatmeminta
#BKAK
#mudahnyamenjemputrezeki
#hidupluarbiasa
#selawatbarakatmakkiyyah

Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

2 comments:

ayunidati said...

Bagus2... mari sama sama kita menuju ke arahNya... yang penting kepercayaan itu....

Unknown said...

alhamdulillah,..dah penah baca sgt best...