Kolesterol Tinggi

Kolesterol Tinggi


Tahukah anda...?


Kolesterol yang tinggi adalah faktor risiko nombor tiga yang menyumbang kepada kematian di dunia?

Fakta Penting


  • Tubuh kita memerlukan kolesetrol untuk hidup. Tubuh kita menghasilkan kebanyakan kolesterol yang diperlukan dan selebihnya kita peroleh daripada makanan seharian.
  • Masalah timbul apabila terdapat kolesterol berlebihan dalam darah, biasanya disebabkan oleh makanan berkolesterol tinggi yang kita makan. Adakalanya, kolesterol yang tinggi diwarisi daripada ibu bapa. Kolesterol yang tinggi boleh menyumbat saluran darah kita dan menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, strok dan peredaran darah yang kurang baik di kaki.
  • Terdapat 3 jenis kolesterol:
- Kolesterol berketumpatan rendah (LDL): selalunya dikenali sebagai " kolesterol tidak baik."

- Kolesterol berketumpatan tinggi (HDL): selalunya dikenali sebagai "kolesterol baik".

- Trigliserida: hakikatnya ini adalah sejenis lemak, bukan kolesterol. Ia boleh menyebabkan komplikasi seperti kolesterol jika tahapnya terlalu tinggi.

  • Jumlah kolesterol dihitung berdasarkan ketiga-tiga jenis kolesterol ini. Oleh itu, penting bagi kita mengekalkan "kolesterol LDL" dan "trigliserida" pada tahap yang rendah dan "kolesterol HDL" pada tahap yang tinggi.

Berapa kerapkah kejadian kolesterol tinggi ini berlaku?


  • Pada tahun 2000, kolesterol tinggi merupakan faktor risiko ketiga tertinggi yang menyumbang kepada kematian di dunia
  • 1 daripada 5 lelaki Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas mempunyai bacaan kolesterol yang tinggi.
  • Di Malaysia, dua daripada tiga lelaki berusia lebih 40 tahun mempunyai jumlah kolesterol yang tinggi. Daripada lima lelaki yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, hanya satu sahaja yang dirawat dengan pil untuk menurunkan kolesterol.

Adakah anda mempunyai kolesterol tinggi?


  • Orang yang mempunyai tahap kolesterol tinggi selalunya tidak mengalami sebarang simptom. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda mempunyai kolesterol tinggi atau tidak adalah dengan melakukan ujian darah.
  • Setiap orang mempunyai tahap kolesterol yang berlainan dan tahap ini boleh berubah mengikut masa. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memeriksa tahap kolesterol anda secara berterusan.
  • Mulakan pemeriksaan kolesterol pada usia 20 tahun. Jika tahap kolesterol adalah normal, ulangi ujian darah dalam tempoh 5 tahun. Jika tahapmkolesterol adalah tinggi, anda mungkin perlu mengulangi ujian darah dengan lebih awal. Mintalah nasihat doktor anda.

Risiko Kolesterol Tinggi


  • Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
  • Risiko angin ahmar (stroke) meningkat sebanyak 11%
  • Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak, dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

Diet yang disyorkan untuk memperbaiki tahap kolesterol


LEBIHKAN MAKAN


  • Makanan yang tinggi kandungan serat larut air seperti oat, barli, lobak merah, kacang, oren dan epal.
  • Pilih minyak politaktepu seperti minyak sayur dan minyak ikan.
  • Makanan dimasak dengan cara yang lebih sihat seperti mengukus, merenih, membakar, memanggang dan merebus.

KURANGKAN MAKAN


  • Produk berasaskan susu seperti keju dan mentega.
  • Makanan laut bercengkerang seperti udang, ketam dan tiram.
  • Daging merah seperti daging lembu
  • Makanan dengan kandungan lemak trans seperti makanan yang digoreng dalam minyak penuh dan lemak haiwan

Kawal Kolesterol Dengan Suplemen


Selain mengubah tabiat pemakanan dan cara hidup kepada yang lebih sihat, pengambilan suplemen dapat membantu dan menyokong proses pengawalam kolesterol.

Omega Guard


OmegaGuard membekalkan asid lemak omega 3 yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega 3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.


Phytocol-ST




Phytocol-ST membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol sehari, bersama diet rendah lemak tepu dan rendah kolesterol di samping tinggi serat, bersenam dan penurunan berat badan. Phytocol-ST dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, dia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.


Sumber: 

1) Dr. Tong Seng Fah
Pakar Perunding Perubatan Keluarga
UKM
Kekal Sihat Pilihan Anda.(2010). Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2)Shaklee Products (Malaysia) Sdn. Bhd.



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

1 comments:

Unknown said...

good sharing. tapi omega memang best tau. badan rasa lebih energetic je. phytocol belum cuba.