Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Semasa Hamil

Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Semasa Hamil 


Keputihan dan jangkitan salur kencing (UTI) merupakan antara masalah yang seringkali dihadapi oleh ibu-ibu yang sedang hamil. Sampaikan masa antenatal checkup sepanjang mengandung baru ni, itu merupakan soalan rutin nurse. " Ada keputihan yang teruk tak?"

Mengandung anak pertama, saya dikira failed dalam dua masalah ni. Dari awal mengandung sampai la cukup bulan...selalu hadapi masalah ni dan perlukan rawatan. Alhamdulillah, mengandung kali kedua ni dah cerdik sikit dan pengetahuan pun dah lebih sikit. Saya tak kena langsung jangkitan salur kencing dan keputihan pun normal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Sebenarnya, masalah lelehan faraj semasa hamil adalah perkara normal. Ini kerana berlaku perubahan pada tahap hormon estrogen dalam badan dan juga paras gula (glikogen) pada faraj yang memudahkan jangkitan kulat. Tapi, tak boleh juga kita ambil ringan dengan masalah ni. Sebaiknya kita cegah ia daripada berlaku dan sekiranya berlaku juga, kita harus menanganinya supaya tidak bertambah buruk.

Tips Mengelakkan Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Semasa Hamil

Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh ibu-ibu hamil untuk mengelakkan berlakunya jangkitan pada salur kencing dan vagina, tidak kira sama ada ketika hamil mahupun bukan sewaktu hamil.

1- Menjaga kebersihan kawasan intim dengan membasuh kawasan tersebut menggunakan air selepas ke tandas.

2- Memakai seluar dalam daripada fabrik kapas dan ditukar dengan kerap bagi mengelakkan persekitaran vagina lembap.

3- Basuh bahagian hadapan membawa ke belakang bagi mengelakkan kuman dari kawasan dubur beralih ke kawasan faraj.

4- Elakkan melakukan douching sewaktu membersihkan kawasan intim.

5- Elakkan menggunakan sabun pencuci vagina berpewangi ataupun pantiliner dengan pewangi (scented)

6- Basuh kawasan vagina dengan air rebusan daun sireh kerana sireh mempunyai sifat antibakteria

7- Pakai pakaian yang longgar untuk aliran udara yang baik

8- Minum air kosong secukupnya agar badan ampuh daripada jangkitan kuman

9- Makan makanan berasaskan beri terutamanya cranberi 

10- Ambil hidangan yogurt untuk menggalakkan pembiakan bakteria baik

11- Minum air barli sebagai minuman harian

12- Ambil vitamin untuk kesihatan tubuh yang optimum


Apa Yang Boleh Dilakukan Jika Mengalami Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing Ketika Hamil?


Jika jangkitan sudah pun berlaku, apa yang boleh dilakukan?

- Maklumkan kepada doktor yang merawat antenatal atau nurse di KKIA apabila datang ke klinik untuk temujanji. Jangan ambil ringan sebab masalah keputihan yang teruk ni boleh mengganggu proses kehamilan, begitu juga dengan jangkitan salur kencing.

- Bagi masalah jangkitan salur kencing, boleh dapatkan urine neutralizer di farmasi

-Minum air kosong dengan lebih banyak kerana kita tidak tahu keperluan sebenar tubuh kita terhadap air kosong. Kedua-dua masalah ini perlukan air kosong yang mencukupi untuk cepat pulih.

- Jika ada masalah alahan dan tidak boleh minum air kosong dalam kuantiti banyak, lebihkan buah-buahan yang berair seperti tembikai. Boleh juga minum air barli.

- Sapu yogurt asli (kosong tanpa gula) pada vagina dan biarkan seketika. Yogurt baik untuk masalah keputihan.

- Makan 1-2 ulas bawang putih yang diketuk sebaiknya dimakan mentah, atau jika tak lalu boleh digoreng layu sedikit. Jika menghadapi masalah gastrik atau pedih ulu hati, elakkan bawang putih.

- Usahakan untuk minum jus cranberi jika dapat. 

- Basuh kawasan intim dengan air rebusan daun sireh. Elakkan menggaru walaupun rasa gatal.

Suplemen Untuk Masalah Keputihan dan Jangkitan Salur Kencing


Sebenarnya, ada beberapa pilihan suplemen untuk dua masalah di atas. Namun demikian, bagi ibu-ibu mengandung apa sahaja suplemen yang diambil biarlah dengan nasihat dan kebenaran doktor. Antara suplemen yang baik untuk mengelak dan menangani masalah keputihan dan jangkitan salur kencing ialah::


1- Zinc Complex - zinc sangat  berkesan untuk memperkuat sistem imun tubuh. Oleh itu zinc diperlukan bagi melawan jangkitan.



2- Garlic Complex - garlic sangat terkenal dengan sifatnya yang antibakteria, antifungal dan antiseptik. 



3- Alfalfa - alfalfa merupakan tumbuhan yang mesra dengan sistem dalam wanita. Ada yang menggelarnya sebagai jamu moden. Sangat mujarab untuk mengatasi masalah keputihan dan juga membantu pengaliran dan pembuangan air kecil yang lancar.



4- Nutriferon - nutriferon membina imun tubuh yang sangat mantap dna sangat kuat melawan jangkitan. 


Dalam tempoh kehamilan, badna dan sistem tubuh kita sangat sensitif dan fragile, begitu kandungan yang kita bawa. Masalah yang ringan dan nampak remeh jangan disangka tidak membawa kesan kepada kandungan. Oleh itu, setiap ibu hamil perlu berjaga-jaga, alert dengan perubahan diri sendiri dan rajin mengambil makanan sihat serta vitamin. Semoga 9 bulan 10 hari itu merupakan momen yang indah untuk dikenang.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

1 comments:

MommyKemai said...

petua ni penting untuk kesihatan dalaman wanita . jgn dibiarkan masalah keputihan menghantui diri.