Idea Door Gift / Wedding Gift Yang Unik, Cantik dan Bermanfaat

Idea Door Gift / Wedding Gift Yang Unik, Cantik dan Bermanfaat




Alhamdulillah, permintaan terhadap Buku Mini MMR terus-terusan laju, sampai pengeluar pun tak sempat nak print semula order dah bersusun-susun. Baru buka pre-order dan sold out. Alhamdulillah kerana ini tandanya buku yang bermanfaat ini akan sampai kepada lebih ramai orang terutamanya rakyat Malaysia sendiri.

Buku Mini MMR ni sangat terkenal untuk dijadikan cenderahati, door gift, wedding gift, goodies, wakaf dan juga sedekah. Sebab itulah ramai yang membeli dalam jumlah yang banyak (borong). Tak lama lagi dah nak cuti sekolah hujung tahun, maka ramailah yang akan mendirikan rumah tangga atau menikahkan anak. Tak kurang juga yang nak bertunang ataupun buat kenduri doa selamat. 

Biasanya, sebagai adat orang Melayu bila ada majlis atau kenduri-kendara ni, akan adalah juga buah tangan yang akan dibawa pulang oleh tetamu. Kalau dulu-dulu telur menjadi pilihan utama, kemudian beralih pula kepada gula-gula atau coklat. Tapi sekarang semua orang pun mahukan kelainan, jadi kita akan jumpa bermacam-macam benda dijadikan cenderahati. Sebagai alternatif kepada semua pilihan yang biasa, kami warga MMR mencadangkan Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) ini dijadikan cenderahati. 

Beberapa sebab mengapa Buku Mini MMR ini wajar dijadikan cenderahati:


1- Unik dan lain daripada yang biasa seperti al-Ma'thurat / Yaasin

2- Cantik dan kelihatan eksklusif dengan tulisan timbul dan berkilat. Warna kulitnya juga ceria.

3- Saiznya yang comel sangat sesuai sebagai cenderahati

4- Hanya perlukan hiasan minima kerana buku itu sendiri sudah menarik

5- Harganya sangat berpatutan, pembelian borong melayakkan anda dapat diskaun. Lagi banyak kuantiti anda beli, lagi murah harga yang ditawarkan.

6- Ilmu yang bermanfaat, tidak habis sebagaimana makanan dan tidak pudar sebagaimana perhiasan. Semoga majlis anda mendapat lebih berkat dengan penyebaran ilmu dan dakwah secara tidak langsung ini.

7- Tuan rumah / penyumbang akan mendapat pahala berpanjangan jika ilmu di dalamnya diamalkan oleh pembaca atau dipanjang-panjangkan kepada pembaca yang lain.

Contoh idea hiasan Buku Mini MMR:


 Comel dan menarik

 Simple dan eksklusif

 Boleh ditambah dengan gula-gula, puding atau chocolate

 Pilihan dekorasi

Satu set Buku MMR versi penuh + Buku Mini untuk tetamu istimewa


Harga Buku Mudahnya Menjemput Rezeki


Buku MMR Versi Penuh: RM18 /RM20 (SS)
Buku Mini MMR: RM2.70 / RM3 (SS)

* Pembelian Buku Mini secara BORONG layak mendapat harga diskaun yang sangat menjimatkan.



Berminat mendapatkan Buku Mini MMR untuk majlis anda? 
Penghantaran boleh dibuat melalui pos / kurier ke seluruh Malaysia.
Anda boleh dapatkan Buku MMR versi penuh atau versi mini daripada kami dengan menghubungi saya melalui mana-mana medium di bawah: 

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

0 comments: