Fadhilat Amalan Surah Al-Kahfi

Fadhilat Amalan Surah Al-Kahfi



Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat yang mulia dan berkat. Mari kita sama-sama imarahkan hari ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan mulia. Antara lain ialah berselawat kepada Rasulullah S.A.W, bersedekah, memotong kuku dan rambut, memberi orang makan dan lain-lain lagi kebaikan. Salah satu amalan yang mendapat ganjaran berganda di hari Jumaat ialah membaca Surah Al-Kahfi. Mari kita baca apakah kelebihan-kelebihan yang diperolehi dengan amalan ini.

*****************************************************************************

Surah Al-Kahfi (bererti Gua) adalah Surah yang ke-18 dalam Al-Qur'an, mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan Al-Kahfi kerana dari ayat 9-26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah S.W.T selama lebih tiga ratus tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid.

Terdapat beberapa hadith Rasulullah S.A.W yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Kahfi. Antaranya ialah sabda baginda diriwayatkan oleh Baihaqi dar Abi Said Al-Khudri bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah."

Imam Ahmad berkata, daripada Abu Darda', daripada Nabi S.A.W baginda bersabda:

"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal."
                          (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda. Nabi S.A.W bersabda:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Jauhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
                                                                                                                (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
                                                                                                                     (HR Ibnu Katsir

Sepotong hadith lagi daripada Rasulullah S.A.W bermaksud:

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah S.W.T hingga waktu Subuh, dijauhkan dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnak dajjal.

Sumber rujukan:

Ammar Lukman. 2014. Fadhilat Amalan 6 Surah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication

***************************************************************************

Subhanallah...begitu hebat sekali kelebihan atau fadhilat membaca Surah Al-Kahfi ini terutamanya pada hari Jumaat. Sesungguhnya, di dalam Al-Qur'an itu terdapat mutiara-mutiara dan keistimewaan yang pelbagai. Tinggal hanya kita yang mungkin belum lagi menghayati dan beramal dengannya. Hanya dengan membacanya sahaja sudah Allah janjikan pelbagai kelebihan.

Amalan membaca Al-Qur'an ini juga ditekankan dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, di bawah tajuk kecil di halaman 93 "Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Qur'an". Dalam tajuk ini, penulis menghurai akan kelebihan-kelebihan membaca Al-Qur'an dan juga rezeki. Dalam buku ini juga dikupas 10 lagi kaedah-kaedah lain dalam menjemput rezeki.



Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

0 comments: