Menang Cabutan SSP BSN...Macam Tak Percaya!



Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah.

Inilah yang dikatakan rezeki yang tidak dijangka. Walaupun cuma hadiah ketujuh @ saguhati, tapi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Memberi sebab saya seakan tidak percaya. Dalam berjuta orang, no unit saya terpilih. Dan yang lebih buat saya tak jangka ialah saya cuma ada 10 unit SSP saja..berjumlah RM100 semuanya. Kalau ada beribu tu kira logik juga nak kena. Sebelum ni penah ada kawan saya beli SSP ni berharga RM20k ++ tapi sekali pun tak pernah terpilih. Ada juga yang dah simpan berpuluh tahun pun tak pernah menang apa-apa walaupun hadiah saguhati.

Saya beli SSP nipun suka-suka. Sebenarnya bukan duit saya pun, duit raya Sofiy tahun lepas tak silap saya. Saya sebenarnya simpan duit Sofiy dalam Akaun Nuri Bank Rakyat, tapi masa tu Sofiy dapat duit lambat kot dan saya dah malas nak pegi masukkan sekali lagi. Teringat pasal SSP ni, kebetulan BSN depan rumah je..singgah la kejap dan beli unit sebanyak duit tu, RM100 = 10 unit. Kalau nak guna senang nak tebus sebab dekat. Dan duduklah unit-unit tu di situ saya tak tebus pun sebab belum ada keperluan. 

Bulan Jun 2014 yang lepas, nampaklah BSN tu dok letak segala replika hadiah SSP...saya dah agak mesti ada cabutan negeri Selangor. Check mybsn dan tengok hadiah utama Produa Myvi. Hahaha..diam-diam ada jugak berangan kot dapat Myvi sebiji, dapatlah balik kampung raya dengan kereta baru konon. Hahahaha..berangan tak salahkan? Dan saya juga ada berdoa jika baik untuk saya, dengan keizinanNya, maka pilihlah saya. Tapi idakla bertuah pun.hehehe.

Tapi Allah itu Maha Mengetahui...dan Maha Pemberi. Rezeki tidak pernah salah alamat, rezeki tidak pernah lambat atau cepat sebaliknya tepat pada masanya. Rupanya Allah nak bagi masa cabutan bulan Julai 2014 walaupun hanya hadiah saguhati, tentu saja hadiah tu yang terbaik buat saya. Mungkin juga hadiah birthday saya yang ke-30 25 Julai yang lalu :-)

0 comments: