Alfalfa dan Penyusuan Susu Ibu



Promosi Alfalfa Complex Shaklee masih berlangsung sehingga akhir Januari 2014. Beli 6 Percuma 1, atau beli 1-5 dengan harga menarik! Jom cepat rebut peluang harga runtuh yang tidak selalu datang. Alfalfa ini ada liga dan peminatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan vitamin-vitamin yang lain. Alfalfa menjadi sebutan di kalangan ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka dengan susu ibu. 

Mengapa? Ini kerana Alfalfa merupakan penggalak susu (milkbooster) yang hebat dan sudah ramai yang meyakini khasiatnya. Biasanya, saya didatangi oleh ibu-ibu menyusu yang berhasrat membuat stok susu simpanan, sama ada ibu-ibu yang akan kembali bekerja setelah tamat tempoh cuti materniti, ibu-ibu yang akan pergi outstation dan terpaksa meninggalkan anak-anak, ibu-ibu yang anak-anak mereka mengalami growth spurt (fasa minum susu yang banyak secara drastik) atau pun ibu-ibu yang produksi susu mereka merudum secara tiba-tiba atau tanpa disedari.



Adakah dengan mengambil Alfalfa, susu akan jadi banyak dan melimpah-ruah?

Ini adalah soalan yang sangat lazim saya terima. Jawapannya, ya dan tidak. Apakah maksudnya. Sebelum kita sembang dengan panjang lebar, apa yang lebih penting untuk ditekankan ialah, Alfalfa Complex Shaklee adalah sejenis makanan tambahan. Apakah fungsi makanan tambahan? Fungsinya ialah menampung nutrien yang diperlukan oleh tubuh tetapi tidak cukup melalui pengambilan makanan harian yang diambil. 

Bagaimana Alfalfa bertindak sebagai penggalak susu?

Alfalfa leaf is one of our most nutritious herbs. It contains chlorophyll, a host of minerals-calcium, magnesium, phosphorus, potassium, silicon, zinc-numerous vitamins-A, B1, B2, B3, B5, B6, C, D, E, and K-as well as essential and non-essential amino acids.
Alfalfa leaf is estrogenic and antifungal. It has substances that nourish the liver, activate the kidneys, suppress inflammation, address digestive disorders, and balance blood sugar. It is traditionally prescribed to promote the function of the pituitary gland, the source of the main hormones for lactation.

Dengan kebaikan yang ada pada Alfalfa inilah, ibu-ibu menyusu yang mengambil Alfalfa akan mendapat kesan yang positif dalam perjalanan penyusuan mereka. Pengeluaran susu badan dapat dioptimumkan kerana tubuh mendapat nutrien yang diperlukan dengan secukupnya. Maka ibu-ibu boleh membuat stok simpanan susu dengan senang hati.

Berbalik kepada soalan di atas tadi, adakah dengan mengambil Alfalfa SAHAJA boleh meningkatkan pengeluaran susu badan secara serta-merta? Perlu diketahui bahawa punca kurangnya pengeluaran susu ibu juga boleh datang dari pelbagai sebab, dan antara punca utamanya ialah kurangnya permintaan (demand) sama ada kekerapan bayi menyusu atau kekerapan memerah/mengepam. Punca utama inilah yang perlu difahami dan dikenalpasti dengan baik oleh para ibu. Jika prinsip utama penyusuan iaitu "supply vs demand" ini telah dipenuhi barulah langkah-langkah lain boleh diambil.

Selain itu, masalah stres dan kesihatan fizikal ibu juga banyak mempengaruhi production susu ibu. Jika ibu tersebut mudah sakit misalnya demam, selesema, batuk, sakit-sakit badan, stres dan mudah emosi...secara tidak langsung pengeluaran susu badan juga boleh terkesan. Ini kerana, semua masalah terbabit secara tidak langsung mempengaruhi hormon dalam badan si ibu. Oleh yang demikian, ibu yang menyusukan anak perlukan kesihatan yang baik, suasana yang ceria dan tidur yang cukup. Tidur yang cukup? Seakan mustahil, bukan? Ya, hanya ibu yang punya anak kecil dan menyusukan anak sahaja yang memahaminya. Perlu bangun malam 3-4 kali, mana mungkin dapat tidur yang cukup?

Apa yang dimaksudkan dengan tidur yang cukup ialah tidur yang berkualiti dan mampu merawat tubuh sewaktu tidur serta mengembalikan kesegaran tubuh. Bagaimanakah mendapatkan rehat dan tidur yang berkualiti? Kesihatan badan secara menyeluruh? Inilah fungsinya pakej vitamin yang kami sarankan kepada ibu-ibu menyusu, iaitu Set Penyusuan Shaklee. Set Penyusuan Shaklee ini bukan sahaja membekalkan Alfalfa sebagai penggalak susu, malah vitamin-vitamin lain yang terkandung di dalamnya menyumbang kepada badan yang sihat secara keseluruhan.

Set Penyusuan Shaklee

Apakah yang ada dalam Set Penyusuan Shaklee? Ada dua pilihan:

A- Set Penyusuan Basic
1)Vita-lea (multivitamin)

2) B-Complex

3) Sustained Released Vita-C Plus 500mg

4) Alfalfa Complex 

B- Set Penyusuan Premium
1) Vita-lea

2) B-Complex

3) Sustained Released Vita-C Plus 500mg

4) Alfalfa Complex

5) ESP Soy Protein Isolate Powder

6) Ostematrix (kalsium magnesium)

Melalui set di atas ini, Vita-lea iaitu multivitamin yang mengandungi 27 jenis vitamin dan mineral dan B-Complex yang mengandungi 8 jenis vitamin B membantu memberikan tenaga segera sepanjang hari, melegakan masalah saraf dan lenguh-lenguh badan. Vita-C pula menguatkan imuniti badan terhadap serangan penyakit, Alfalfa sebagai milk booster, ESP memberikan tenaga, membuatkan ibu menyusu tidak mudah lapar, mencantikkan kulit, membantu memekatkan susu badan lalu membolehkan bayi mudah kenyang, manakala Ostematrix membekalkan kalsium dan magnesium yang penting untuk tulang dan saraf. Ibu-ibu menyusu telah berkongsi kalsium sejak bayi mereka masih dalam kandungan sehingga berhenti menyusukan. Ini menyumbang kepada kekurangan kalsium pada tubuh si ibu sehingga menyebabkan ibu berasa letih, tulang mudah rapuh, sakit otot dan saraf serta lenguh-lenguh badan. Ostematrix dan B-Complex juga membantu mengawal stres dan memudahkan tidur yang lena.


Alangkah nikmatnya tidur yang lena

Anda ibu menyusu yang merasakan kualiti hidup dan kesihatan anda tidak seperti dulu? Mungkin tanpa anda sedari, tubuh anda memerlukan lebih nutrien sesuai dengan komitmen anda sekarang. Hubungi kami, dan kami akan bantu anda mendapatkan suplemen yang terbaik dalam perjalanan anda membesarkan cahayamata kesayangan anda. Kami juga menawarkan pakej jimat bagi mereka yang berminat untuk cuba-cuba dahulu, ataupun yang mempunyai kekangan kewangan. Jangan segan untuk hubungi kami ye.

p/s: saya juga ibu yang pernah menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun...jadi saya faham apa yang anda rasa.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


0 comments: