MENGAPAKAH URIN (AIR KENCING) MENJADI KUNING SELEPAS AMBIL VITAMIN B-COMPLEX?

Kami sering menerima soalan dalam nada risau daripada pelanggan kami yang mengadu urin (air kencing) mereka menjadi kuning pekat setelah mengambil B-Complex Shaklee. Jangan bimbang, keadaan itu biasa dan tidak berbahaya. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah teruskan pengambilan B-Complex beserta minum air dalam jumlah yang mencukupi.

B-Complex Shaklee yang lengkap dengan 8 jenis Vitamin B termasuk asid folik

B-Complex Shaklee mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuklah Vitamin B2 yang juga dikenali sebagai Riboflavin. Riboflavin inilah bahan yang berwarna kuning, dan sebagaimana Vitamin B yang lain ianya larut air dan memerlukan pengambilan setiap hari. Bahan yang mengandungi riboflavin harus dilindungi daripada cahaya matahari kerana ianya sensitif terhadap cahaya. Contohnya, susu di dalam gelas atau botol lutsinar akan kehilangan banyak Vitamin B2 jika terdedah terlalu lama terhadap cahaya. Riboflavin menghasilkan dua jenis koenzim penting iaitu flavin dinucleotide dan flavin mononucleotide, yang secara bersama berperanan menukarkan protein, lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan oleh tubuh. Riboflavin sangat penting untuk kulit dan rambut yang sihat.

Riboflavin ialah vitamin yang selamat dan tiada kes keracunan disebabkan oleh riboflavin pernah dilaporkan. Oleh itu, warna kekuningan dalam urin (air kencing) tidak berbahaya.

Pertanyaan lanjut? Hubungi:

MAIA (SID 918631) 
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com 
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina



*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

0 comments: