TESTIMONI: Tekanan Darah Tinggi Kembali Normal Selepas Ambil Shaklee

Alhamdulillah, dapat mencoret di sini selepas beberapa hari tak bersiaran sebab saya balik kampung. Emak saya kurang sihat. Kelenjar tonsil bengkak sehingga mak tak dapat makan dan minum, juga muntah-muntah. Kesian tengok mak lapar dan dahaga sangat tapi tak dapat menelan. Bercakap pun tak boleh. Tapi alhamdulillah akhirnya mak beransur sihat, dah boleh minum dengan banyak, dah boleh makan nasi walaupun kurang selera lagi. Pening-pening mak pun cuma datang sesekali mungkin sebab kurang tenaga. Mudah-mudahan mak sentiasa dalam peliharaan Allah dan diberikan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Saya nak kongsi sikit cerita tentang mak saya. 7 tahun lepas mak saya didiagnos menghidap hipertensi atau tekanan darah tinggi, bersekali dengan kolesterol tinggi. Ingat lagi dulu masa Shaklee masih ada produk Fiber Plan Unflavoured, saya belikan untuk mak. Habis satu canister cek tengok kolesterol kembali di tahap normal. Tapi tekanan darah tinggi mak memang tak menentu, sebab mak saya ada masalah sikit yang selalu dia rungsingkan. Jadi keraplah tekanan darahnya naik dan mak susah sangat nak tidur malam.

Saya ada bekalkan mak saya OsteMatrix dulu, tapi bila balik kampung tengok dah expired tapi baru luak sikit. Bila tanya kenapa mak tak makan? Jawab mak "Mak dah tak ingat tu ubat apa...tu yang tak berani nak makan". Biasalah orang tua-tua kan.

Bulan lepas, saya bekalkan mak dengan Omega Guard dan OsteMatrix. Fungsinya ada dua, satu untuk tekanan darah dan kolesterol, dan satu lagi untuk sendi-sendi dan saraf. Mak selalu merungut sakit sendi dan sakit urat. Balik baru ni, saya terkejut sebab tengok Omega dan Oste tu dah tinggal beberapa biji je...wah konsisten mak saya makan suplemen. Saya pulak tak bawak yang baru sebab tak sangka dah habis.

Masa pergi klinik untuk rawatan tonsil tu mak saya tanyalah doktor pasal tekanan darah dia..doktor kata NORMAL. Malah doktor macam tak sangka mak ada darah tinggi. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dan juga ikhtiar kami. Saya bekalkan mak suplemen, dan mak pulak makan dengan konsisten. 

Untuk mengawal tekanan darah agar berada pada tahap normal, disarankan beberapa rangkaian vitamin Shaklee iaitu:

1) B-Complex

2) Omega Guard

3) OsteMatrix

4) Garlic

B-Complex mampu meredakan tekanan dan membekalkan nutrisi Vitamin B yang lengkap untuk kesihatan saraf. Tekanan datah tinggi selalu juga berpunca daripada stres dan tekanan perasaan dan memberi kesan kepada saraf. 

Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

OsteMatrix pula membantu meringankan stres. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.

Garlic atau bawang putih berupaya meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah normal serta tahap kolesterol yang normal. Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 biji tablet garlic akan menurunkan tekanan darah yang tinggi sehingga 8 poin.

Perlukah ambil kesemuanya? Itu bergantung pada keperluan dan bajet anda. Hubungi kami dan kami boleh berikan konsultasi percuma dan berterusan. Sekali lagi ditekankan, testimoni di atas hanyalah untuk tujuan perkongsian, dan kami tidak menjamin kesan yang serupa untuk semua individu kerana tubuh manusia adalah berlainan mengikut  faktor-faktor dalaman dan luaran misalnya genetik, pemakanan dan gaya hidup. Untuk makluman dan pertanyaan lanjut, sila hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

1 comments:

Unknown said...

Sis..mhon share ye..cket pasl omega guard