8 Persediaan Fizikal Sebelum Hamil

Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh anda bersedia untuk menempuh kehamilan. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.

Salah satu daripada azam tahun 2013 saya adalah untuk hamil lagi sesudah 80% phd saya siap. Kehamilan yang pertama dulu, saya memang tak bersedia secara fizikal, mental pun sebenarnya so so saja, apatah lagi ilmu. Ingat lagi, masa tu saya baru je berhenti pil perancang dan tak lama didapati hamil. Mungkin faktor umur, walaupun baru berhenti kontraseptif plan, terus lekat. Jadi badan saya tak cukup kuat, hormon tak stabil betul lagi agaknya. Sepanjang mengandung alhamdulillah saya aktif, tapi mood memang celaru. Moody dan nak marah je. Kemudian naik trimester ke 3 badan saya sakit-sakit, pinggang sakit, water retention yang teruk, tekanan darah tinggi yang susah nak dikawal, masalah dengkur akibat kenaikan berat badan mendadak..huhu..masa tu memang macam belon. Naik 20 kg sepanjang 9 bulan mengandung. Uwaaa...

Jadi, saya rasa saya dah perlu bersedia dari segi fizikal sejak sekarang walaupun saya belum tau bila 80% phd saya siap..tapi apa salahnya saya biar tubuh saya bersedia. Umur pun dah tak macam dulu, dah nak 3 siri dah. Meh kita tengok apa persediaan yang diperlukan oleh bakal ibu hamil.

1- Asid Folik

Asid folik merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Oleh itu, setiap pasangan hendaklah prihatin tentang keperluan asid folik ini. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil makanan tambahan asid folik di farmasi atau klinik

# B-Complex Shaklee sudah lengkap dengan asid folik, jadi saya sudah ada persediaan ini.

2- Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C. Jika ingin hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai jenis penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa yang sama, buah-buahan dan sayur-sayuran turut berperanan untuk menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembeli yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

# Sedikit kecewa kerana ketiadaan stok Vita C Plus Shaklee dan Chewable Vita C juga sudah habis stok. Walau bagaimanapun saya memang penggemar sayur, ulam dan buah. 

3- Makan Banyak Ikan

Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan mudah didapati. Selain itu, protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh. Kebanyakan kita tidak menyedari bahawa ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.

Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada sajian moden mahupun masakan Melayu tradisional, Cina atau India. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan-bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tidak menjejaskan kesihatan.

# Semestinya sempena bulan promosi Omega Guard iaitu Februari 2013 ini, saya sudah ada stok Omega di rumah. Cuma, jika anda sudah disahkan hamil, berhenti dulu ambil minyak ikan untuk trimester yang pertama, dan boleh sambung semula pada trimester 2 dan 3 sebaik-baiknya selepas bertanya pada doktor anda. Dulu masa hamil kali pertama saya belum kenal Shaklee, saya mabik juga fish oil tapi jenama yang saya sendiri taktahu keberkesanan serta kuantiti EPA dan DHA nye.

4- Karbohidrat Lawan Lemak

Sewaktu hamil, tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekuranga kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil kelak.

Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwic.

# Buat masa ni pengambilan karbohidrat saya masih dikawal kerana saya berhasrat untuk menurunkan lagi berat badan.

Ok, cukup dulu untuk kali ni. Saya akan update semula sehingga keperluan yag kelapan.

0 comments: