Work Station

Dah lama nak tayang tempat bertapa saya ni, tapi tak juga terbuat-buat entrinya. Sampaila hari ni, hari terakhir saya datang ke makmal ni secara rutin. Start minggu depan saya dah tak dapat datang setiap hari ke uni, sebab masalah transport. Saya tak pernah cerita di sini, tapi sudah 7 bulan suami saya jobless selepas diberhentikan dengan kejamnya oleh company yang dia dah berkhidmat lebih 20tahun. Alasannya company nak tutup (in liquidation), tapi tetap jugak beroperasi sampai hari ni. Seramai 12 orang yang diberhentikan dengan notis tak sampai seminggu, dengan jumlah gantirugi yang tak pasti dan yang pentingnya tak berbayar sampai la hari ni. Sudahnya masuk court, mana tahankan? Wah, emo sekejap. Jadi, setelah bersusah-susah, mengikat perut, dikejar bank, maka insyaAllah suami akan dapat kerja baru tak lama lagi. Walaupun takkan dapat lagi kerja macam dulu atas faktor usia, tapi kami tetap bersyukur. Lepas jugalah nak bayar duit rumah,  dan belanja keperluan. Oleh itu, saya pun takde lagi la orang nak hantar nak jemput sebab suami tak kerja area uni saya. Dia keje dekat dengan rumah, kesian pulak kalau nak suruh dia hantar saya dulu, kemudian berkejar pulak ke tempat kerja dia. Saya nak bawak motor sendiri, saya seriau sebab perjalanan pun tak dekat, dan jalan bengkak-bengkok. Naik dengan suami pun dah 2-3 kali nak bergesel dengan kereta. Maklumlah motor kan kecik je, manalah orang nak perasankan kita. Agak-agak nak elak dengan orang depan, kuis aje la moto kami. Maka dengan itu, saya akan terus study menyiapkan PhD saya dari rumah saja. Sekali-sekala boleh la datang jumpa penyelia atau cari bahan di perpustakaan.

Okeh, meh tengok tempat kerja saya. Ni gambar lama, tapi keadaannya masih sama.

 Ini PC research. Saya dok sini


Pandangan keseluruhan lab yang kosong

 Ini PC saya, bawak dari rumah. Asalnya sebab nak update antivirus. Last2 biar je kat sini

PC yang saya beli guna duit ptptn masa buat degree dulu. beli basic saja, tak ori, harga RM900 dengan monitor gedabak 17"

 Tempat beg saya, sape kenal ni beg apa? Yes, ni beg pam susu sebenarnya. Tapi beg ni sangat tahan lasak ok!


Almari yang bersusun buku-buku saya. Sekarang dah sendat dah takde ruang-ruang kosong tu.

Almari ni sangat tinggi, dan sekarangs aya dah penuhkan dari tingkat atas sampai la yang bertutup kat bawah tu.


Saya sangat sayangkan makmal ni, dah rasa macam rumah kedua saya. Maklumla saya masuk sini sejak April 2008, cuba kira berapa tahun? Lama kan? Semua ada kat sini, pinggan mangkuk, cerek, tempat solat. bantal, toiletteries, baju salin kalau basah kena ujan pun ade. Nanti mesti saya rindu nak ke sini. Ingatkan dapatla terus bertapa kat sini sampai habis phd, rupanya jodoh tak panjang. Tengokla nanti mcm mana suasana belajar di rumah.


Nota: Saya sebenarnya lebih produktif di rumah, terutama di awal pagi. Adakah perlu tido siang dan berjaga malam? Nanti jadi tak normal macam orang lain pulak....

0 comments: