Bengkel Menulis Novel Umum bersama Novelis Noor Suraya





Pernah dengar tajuk novel Biru Ungu Cinta, Surat Ungu untuk Nuha, Jaja & Din? Kalau pernah dengar dan pernah baca, tentu anda kenal dengan penulisnya iaitu Puan Noor Suraya Adnan. Beliau merupakan seorang penulis yang saya suka, hormat dan kagum. Bukan saja dari segi disiplin menghasilkan karya-karyanya, malah karya yang dihasilkan tak pernah menghampakan, berkualiti dan lebih penting mampu mendidik jiwa secara tidak langsung. Pernah bertemu mata dengan beliau dalam satu persidangan, dan beliau juga mengajukan beberapa soalan kepada saya berkaitan pembentangan saya...masa tu saya memang tak perasan itu adalah Noor Suraya, lepas dah kena tanya banyak-banyak kali baru saya perasan. hehe.

Ok, berbalik kepada tajuk. Kepada sesiapa yang mempunyai bakat dalam penulisan dan telah mempunyai draf idea serta proposal yang ingin diutarakan, inilah peluang keemasan untuk menuntut ilmu penulisan daripada mereka yang berpengalaman. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Noor Suraya dan dianjurkan oleh JSadiwarna, bertarikh 14 Julai 2012 nanti. Bagi sesiapa yang berminat, sila daftarkan nama di info@jsadiwarna.com. Tempat adalah terhad. Cepat, tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Jun 2012.

0 comments: