Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Semoga pagi anda ceria-ceria ye:)
Apa? badan rasa tak selesa, banyak angin dalam badan? Badan sakit sangat.
Sebenarnya ini juga salah satu masalah saya...saya perasan saya kena macam ni dah 2 bulan. Tidaklah sentiasa sakit, tapi kalau kena serangan tuuu..memang sampai MC la dibuatnya.


teh halia - gambar hiasan

Apa yang saya rasa?


Rasa angin terperangkap dalam badan..kat perut la terutamanya.
Tapi...kalau dibiarkan, angin tu akan menjalar ke urat saraf di seluruh badan.
Akibat? Saya akan sakit-sakit satu badan terutamanya tempat-tempat yang selalu terbeban misalnya sakit bahu dan lengan kiri sebab selalu dukung anak, sakit kaki sebab banyak berjalan pergi dan balik kerja. Sakit ni bukan lenguh-lenguh biasa...rasa sakit sangat seakan sakit bentan. Kalau tanya tukang urut, memang dia kata bentan urat. Saya perasan saya lebih mudah kena menjelang waktu haid. Jadi, apa yang saya buat untuk mengurangkan dan merawat sakit badan akibat angin ni?

1- Sapu Minyak Panas


Ini memang biasalahkan..semua rumah pun biasanya ada spare minyak panas untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Saya pun samalah juga. Saya guna Minyak NR dan Minyak Afiat. Tapi kalau dok rumah je ok laa..kalau nak pergi kerja? Kena pulak macam saya naik tern, naik bas. Adoii..nanti semua orang pandang kita sebab bau semerbak. Jadi, saya tukar dan guna Miracle Refreshing Scent. Ini minyak angin juga tapi baunya waaangiiii..cuma tak la sepower minyak berubat macam NR dan Afiat tu. #minyakanginwangi

2- Mandi Herba


Ini pun saya buat. Sebabnya..dah rasa sakit macam bentan dalam pantang...maka saya pun buatlah macam dalam pantang. Mandi air suam, dan mandi dengan mandian herba. Kebetulan selongkar almari masih ada lagi baki Mandian Herba TYT yang lama. Tengok lambat lagi tarikh luputnya. Maka saya rebus je la. Kalau nak guna jenama lain pun ok, nak mintak bidan carikan yang segar lagilah bagus. Alhamdulillah...banyak membantu. Jadi...waktu sakit diserang angin ni..amalkan mandi air suam. Mandian herba ni pun elok diamalkan walaupun tak sakit. Bagi badan rasa segar.




3- Minum Air Rebusan Halia dan Serai


Haa..ni yang nak kongsi dengan anda semua. Disebabkan saya dah rasa tak ketahuan..sakitnya badan penangan angin. Saya buat la air serai halia ni...minum. Siaplah bedebush-debush angin berebut-rebut keluar. Alhamdulillah setelah amalkan 3-4 hari, rasa banyaklah leganya. Macam mana nak buat?

Mula-mula..sediakan bahan-bahannya..simple saja.

VERSI 1 (SESUAI UNTUK MINUM DI RUMAH)


(sebelum direbus)

a- serai 1 batang (diketuk boleh, dihiris pun boleh)

Saya suka ketuk sebab saya nak rebus dan lepas rebus serai tu saya nak biar dalam air tu...jadi kalau hiris ada potensi untuk terhirup masuk mulut sekali. hehe.

b- halia sebesar ibu jari (ditumbuk separa lumat)

c- kurma 1 biji


Kemudian, masukkan air dalam periuk, saya buat separuh periuk saiz kecil, dan masukkan semua bahan-bahan. Rebus dengan api kecil. Bila dah mendidih, tutup api. Kurma diasingkan. Kalau air masih banyak tunggulah suam sikit baru diminum. Kalau air tinggal sikit (bergantung banyak mana air yang guna untuk rebus tadi), bolehlah campur lagi dengan air masak biasa. Sedap minum masa suam-suam panas tu. Minum untuk sepanjang hari. Boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau dah agak-agak air dalam tumbler tu tinggal separuh, top up lagi air masak / air suam. Macam mana rasanya? Pada saya, sedap. Halia dan serai tu kombinasi yang bagus..sebab bahan-bahan ni tak banyak jadi tak pedar sangat pun rasa halia. Kurma menyebabkan air rasa lemak-lemak, tak manis pun sebab sebiji je kurma.

VERSI 2 (UNTUK BEKAL KE TEMPAT KERJA)


nampak sedapkan? Refreshing

a- serai 1 batang dihiris (jangan halus sangat)

b- halian dihiris lebar tapi nipis

c- lemon dihiris nipis ( 2 hirisan dah memadai)

d- madu  lebah asli 1 sudu 


Rendam bahan a - b dalam air yang mendidih (kira-kira satu mug) dan tutup rapat kira-kira 15 minit. Kemudian, isi air masak dalam tumbler yang besar. masukkan air rendaman tadi beserta bahan-bahan yang dihiris. Masukkan hirisan lemon dan akhir sekali masukkan madu lebah ke dalam air tersebut. Sedia untuk diminum sepanjang hari. Sama seperti di atas, jika air dah agak-agak tinggal separuh bekas, boleh tambah air lagi. Rasanya? Masam-masam, pedas sikit, ada manis sikit. Saya tak gunakan kurma kerana jika bawa ke tempat kerja, ada potensi air jadi masam bila menjelang petang jika tak berada dalam suhu yang betul.

4. Supplement Peppermint Ginger Plus
Saya tahu, walaupun nak buat air halia tu senang je, tapi ramai juga yang tak berkesempatan nak buat. Tak pe, ini alternatif buat anda yang sibuk. Saya sendiri pun mesti ada stok PGP ni kat rumah. Ini cara paling senang, telan je pil comel ni. In sha Allah..angin-angin jahat akan lari keluar daripada badan anda. Nak beli? Boleh contact saya. Saya ahli Shaklee dan memang amalkan pun produk Shaklee ni. Harganya cuma RM45 sahaja.


5. Makan berulam halia, kunyit, bawang putih dan lada hitam

Ini sebenarnya makanan orang dalam pantang. Mudah jugak. Halia, kunyit hidup , bawang putih dihiris nipis. Goreng dalam minyak yang sedikit sampai agak kekuningan kemudian angkat. Lada hitam pulak basuh dan keringkan..kalau saya makan mentah dan sebijik-sebijik gitu je. Makan dengan nasi panas, makan lah sekali dengan lauk-pauk anda yang biasa (elakkan makan makanan yang bersifat angin macam sayur kacang panjang, kobis, ubi keledek, labu dll).


***Pesan saya, bila dah makan halia, lada hitam, minum pun air halia, pastikan minum air kosong lebih daripada biasa sebab semua ni sifatnya panas. Risau naik ulser pulak nanti kalau badan jenis tak tahan.

6. Pastikan tidur cukup

Ini saya sendiri dapat rasa. Kalau tubuh kita berada pada tahap tak begitu sihat, cedera, lemah, seboleh mungkin jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang cukup. Kurang tidur menyebabkan badan anda lagi mudah nak masuk angin. Kalau boleh tidur dengan memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh. Seluar panjang, baju lengan panjang, kalau dapat pakai stokin lagi baik.

7. Pastikan rutin ke tandas lancar

Ini pun satu lagi punca angin tak keluar dari badan. Sembelit atau susah nak membuang air besar. Sungguh! Perkara ni tak pelik. Biasanya bila saya dah makan semua remedi kat atas, saya lebih mudah ke tandas. Selesai tu...alhamdulillah rasa lega perut dan badan sekali rasa ringan. Macam mana pulak nak bagi mudah proses perkumuhan ni? Kalau nak ikut saya, saya makan suplemen Ostematrix Shaklee...ini pun stok wajib di rumah. Makan malam, pagi esok mudah ke ke tandas. Tapi kalau suami saya, dia suka makan pisang. Stok pisang di rumah kami tak pernah miss. Lain orang lain caranya.

Baiklah, itulah serba sedikit perkongsian saya dengan anda para pembaca semua. Semoga yang baik anda boleh manfaatkan. Oh ye..kalau mengandung..dapatkan nasihat doktor dulu sebelum amalkan sesuatu. Tapi Ostematrix memang selamat. PGP pun selamat asalkan jangan lebih dos. 

Kalau nak tempah suplemen Shaklee boleh hubungi saya ya.

Puan Mai
SID 918631
012 3302067 (SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM)
Min-Aina-Ila-Aina (Facebook Fanpage)


Alhamdulillah, 8 design sudah difinalizedkan sebagai design baru untuk batch terbaru #bukuminiasmaulhusna. 8 design ni segar dan menarik..ada juga design sebelum ini yang masih dikekalkan seperti design no 3. Design no 1 pula diubah sedikit agar lebih menarik.

In sha Allah, dah boleh buat tempahan sekarang. Oh ye..kalau nak mini Yaasin pun ada juga.




Kami tawarkan 3 pakej Asmaul Husna dan Yaasin ini:

1) Asmaul Husna / Yaasin sahaja

2) Asmaul Husna / Yaasin + kotak (dengan pvc lutsinar di bahagian hadapan)

3) Asmaul Husna / Yaasin + kotak (dengan pvc lutsinar di bahagian hadapan) + tasbih mini

** tempahan dengan tasbih perlu lebih awal kerana tasbih dibuat secara handmade.



Contoh set lengkap asmaul husna + kotak + tasbih

* design ini pun masih ada lagi

Harga?

Minimum pembelian ialah 50 unit.
Harga bergantung pada kuantiti yang diminta. Semakin banyak kuantiti, semakin jimat harga yang anda akan dapat.
Kos penghantaran (pos) adalah mengikut berat barangan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, jangan segan untuk hubungi kami melalui medium di bawah:


Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia



Alhamdulillah, kami dapat balik ke kampung pada cuti Hari Raya Aildil Adha baru-baru ini. 
Sebenarnya..saya suka sangat balik balik kampung. Anak-anak pun excited yang amat. Tapiiii..saya memang tak suka nak bersiap balik kampung tu. Persiapan yang sangatlah meletihkan, bagi saya. Nak balik 3 hari macam nak balik sebulan. Semua nak kena kemas, bersih, ready, selamat. Ini memang fe'el suami saya...jadi mahu tak mahu buat jugalah sampai menepati spesifikasi dia. Karang takde orang nak drive balik kampung pulak kan? hahahaha.

Ok, terbaca coretan pengasas Pertubuhan Sedekah Subuh di dinding Facebook miliknya. Dan ye..terkena batang hidung sendiri. Bagaiman persiapan kita untuk PULANG KE KAMPUNG AKHIRAT?

BALIK KAMPUNG DUNIA & BALIK KAMPUNG AKHIRAT...
Penat sungguh berkemas...2 malam longgok barang nak balik kampung tepi pintu supaya tak lupa & tak tertinggal.
Buang sampah
Tutup tingkap
Kunci pintu
Angkat baju
Kemas baju
Cuci pinggan
Adoiiiii penatnya.
Tiba-tiba....semasa lalu di longgokkan barang nak bawak balik ke kampung
Hati terdetik!
Ni baru nak balik kampung dunia
Persiapan bukan main lagi
2 hari berkemas
Siap segala bagai
Nak balik kampung akhirat?
Confirm punya lagi lama
1 hari di dunia sama dengan 1000 tahun akhirat
Tapi tak lah ready macam nak balik kampung dunia.
Solat malam selalu tercicir
Puasa sunat pun terkucil
zikir-zikir tasbih-tasbih pun terpinggir
Itu baru cerita yang sunat-sunat
Yang wajib-wajib
Rasanya belum dapat A+++
kalau B++ pun kira ok dah tu
Hmmmm....
Mana lebih kekal?
Kampung dunia atau kampung akhirat?
Tentulah kampung akhirat...
Soalan bodoh
Tapi kenapa tak ready bersungguh-sungguh untuk kampung akhirat?
Ni lagi bodoh!
ALLAH..
ampun ya Rabb


Hari ni, nak berkongsi sedikit tips buat pembaca sekalian, terutama yang sedang stres, hadapi tekanan, rasa serabut, tidak produktif dan ada banyak tugas penting untuk diselesaikan.

Jika anda google cara kurangkan tekanan, cara hadapi tekanan atau stres...akan banyak keluar segala macam tips yang boleh diambil dan dimanfaatkan. Namun di sini hari ini, saya nak share 1 sahaja tips yang saya rasa sangat membantu jika anda ialah seorang yang aktif dalam media sosial dan dalam masa yang sama anda sedang stres sekarang. Perkara ni saya tulis sebab saya sudah lalui sendiri.

Jika anda sedang serabut, ada banyak masalah yang perlu difikirkan, atau mungkin sedang menyiapkan tugasan yang mustahak, cuba larikan diri SEBENTAR daripada SEMUA JENIS MEDIA SOSIAL (Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter, Emel, TV, Radio. dll..). Dalam tempoh itu, hanya fokus pada urusan anda sendiri sahaja. Jangan fikir langsung tentang media sosial...usah juga rasa bersalah. Itu semua tidak perlu. Jika seseorang mahu mencari anda untuk urusan yang sangat-sangat penting, dia akan hubungi anda terus melalui talian.

Jika anda sebenarnya bukanlah sibuk, hanya rasa stres atau serabut, jangan pula dalam tempoh ini, anda rasa sunyi. Inilah masanya untuk anda cari hiburan sebenar untuk hati dan jiwa anda. Banyak lagi pekara lain yang boleh dilakukan..yang lebih realiti. Contohnya, ambil masa ini untuk membaca Al-Qur'an, berzikir, solat sunat, baca buku fizikal, boleh jadi anda mahu bersiar-siar di taman, atau pergi bercuti selama satu hari, menonton wayang juga boleh, ziarah rakan dan  paling baik kalau dapat ziarah ibu bapa. Itulah antara punca-punca kegembiraan di dunia ini, iaitu restu ibu bapa. 

Baik, nak bincang sikit takrif SEBENTAR kat atas tu. Sebentar yang dimaksudkan tu bukanlah satu atau dua jam tetapi sekurang-kurangnya separuh hari. Lebih lama lebih baik, tetapi yalah kita semua pun maklum hari ini ramai juga orang yang menyampaikan mesej penting melalui media sosial. Jadi, kita beri kelonggaran la sikit. Tetapi...buka hanya untuk melihat jika ada notifikasi penting sahaja. Kalau masuk FB tu tengok notifications sahaja cukup..tak perlu skroll...tak perlu update apa-apa. Lepas tu, cepat-cepatlah tutup sebelum mood anda nak berlama-lama tu datang. Kalau masuk Whatsapp..sebaiknya tengok mesej peribadi sahaja, group tak perlu pun takpe. Kalau nak check jugak...skrol laju-laju baca sepintas lalu sahaja tak perlu khatam satu demi satu perbualan. SALAH SATU TIPS UNTUK SEMAK NOTOFICATIONS NI IALAH SELEPAS JAM 12 MALAM. Sebab apa? Sebab masa tu semua orang pun dah masuk tidur, jadi anda tak tergoda untuk berbual, berbalas komen, ataupun baca status yang baru lalu di wall.

Mengapa? Apa yang tak boleh sangat media sosial ni? Apa kaitannya dengan stres dan keserabutan kepala kita? Kita rasa stres dan serabut sebab minda atau otak kita ni terlalu banyak fikir tentang sesuatu, dan kadang-kadang sesuatu tu bukannya satu..kotnya lebih daripada sepuluh perkara kita nak kena fikir. Hati kita pun simpan 1001 rasa terhadap perkara-perkara yang difikirkan itu. Dan tanpa kita sedar, bila kita buka media sosial...kita telah memberatkan lagi beban kepala kita untuk proses bermacam-macam isu yang SEBENARNYA TAK PENTING PUN UNTUK KITA FIKIR DAN AMBIL TAHU dalam waktu sekarang. Contohnya, macam isu yang timbul dalam seminggu ini..kisah surat cinta da'ie, kisah jutawan penat buat baik, kisah buli di sekolah rendah, dan seribu satu kisah yang menjadi bualan orang lain. Memang kita rasa kita tak fikir sangat pun isu-isu tu...tapi kita tak boleh kawal otak kita..apa sahaja input, dia akan proses. Kalau input itu bagus, mungkin membantu diri kita menjadi lebih tenang dan gembira. Tetapi jika input itu tak bagus? Itu yang jadi kita rasa semakin serabut dan stres juga makin bertambah. Hati pun sama juga, tak boleh tidak mesti ada rasa yang hati kita alami. Contohnya tak suka, sedih, kesian dan lain-lain. 

Apa kata anda cuba sekarang? Ya..sekarang juga! Jika anda rasa banyak kelegaan yang anda dapat melalui cara ini...kalau rajin komenlah ye di bawah:)

Harga: RM 20

Tempah sekarang:
SMS/WHATSAPP/TELEGRAM
012 3302067 (Mai)

012 3302067 (Mai)
012 3302067 (Mai)
.
Merkenalkan kepada kalian, buku terakhir untuk siri Reinkarnasi dan Rehabilitasi saya. Tajuknya adalah#REGRADUASI.

#Reinkarnasi merupakan detik di mana saya sudah penat dengan rasa kalah dan akhirnya saya pilih untuk bangkit. Ketika ini saya kehilangan segalanya, bapa, cinta, diri sendiri, masa depan dan segala apa yang saya mampu harapkan.

#Rehabilitasi merupakan detik saya sudah berjaya bangkit dan kadangnya rasa seakan tidak kuat. Rehabilitasi mengajar saya untuk fokus bangkit dan jangan toleh ke belakang lagi.

#Regraduasi merupakan penamatnya di mana akhirnya saya sudah sedia dengan dunia dan lebih matang. Saya lebih tahu bawa diri, lebih tahu fikir, lebih tahu sabar dan yang pentingnya, lebih tahu apa yang sebenarnya saya mahukan dalam kehidpan.


Buku ini menambah semangat buat mereka yang mahu lahir secara keseluruhannya dan terbang. Terbang dari dunia yang menghukum, terbang dari mereka yang tidak menghargai dan terbang dari diri yang terlampau cintakan dunia semata.

Buku ini bukan buku cerita. Buku ini merupakan sebuah perjalanan. Dari manusia yang menangis ketakutan dan tidak kuat untuk berubah (Reinkarnasi), dari manusia yang sudah kuat tapi diri lamanya seakan cuba membunuhnya semula (Rehabilitasi), kepada manusia yang akhirnya rasa cukup walau hidupnya kurang dan rasa bebas dari dunia lama yang sentiasa suram dan tidak bahagia.


Buat peminat-peminat karya Faiz Ibrahim, jangan tunggu lagi! Buku-buku beliau memang akan berada di carta teratas permintaan pembaca.

By : @thefaizibrahim
.
HQ: @SahabatAtTaqwa

       @bukumaia
.
#SahabatAtTaqwa
#BisnesKitaDakwahKita
#regraduasi
#faizibrahim
#bukumaia
#bukuonline
Tau tak, kalau kita berniaga atas talian (online) kekerapan dan isi status yang dikemaskini di laman sosial sangat signifikan pada perniagaan dan jualan kita? Tapi tak juga bermakna tiap 5 minit boleh naik iklan...Kalau kita buat macam tu, ada harapan kawan-kawan pun unfriend, takmau la jadi macam tu. haaa..ada la cara dan kaedahnya..supaya produk kita terjual dan pelanggan tak lari. 
Ok, jangan biarkan anda terus dalam dilema. Dapatkan buku ini sekarang. Lepas ni anda lebih tau status yang berkualiti, pantang larang bermedia sosial, bagaimana jumlah Likes dan Follower sangat signifikan dengan jualan dan banyak lagi tips menarik. Semuanya dalam buku yang bertajuk Rahsia Penulisan Berpengaruh (RPB) ni..seperti dalam gambar. 

Dapatkan sekarang, harganya cuma RM15 sahaja (exclude postage). Ready stock.

Macam mana nak tempah?

SMS/ WHATSAPP/ TELEGRAM
012 3302067 (Mai)


AL QURAN HUMAIRA TAJWID DAN TERJEMAHAN SAHABAT AT TAQWA

Jom dapatkan Al-Quran Humaira anda hari ini !

SMS/WHATSAPP/TELEGRAM
012 3302067 (Mai)


Sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk sahabat dan keluarga anda 
COLOURFULL!! comel sangat
.
Dilengkapi dengan :
* Asbabun Nuzul
* Asmaul Husna
* Hadith Sahih
* Kod Tajwid Bewarna
* Terjemahan Bahasa Malaysia
* Resan Uthmani Bahasa Melayu
* Terdapat pelbagai pilihan warna
.

Hubungi ‪#‎SahabatAtTaqwaBERDAFTAR‬ segera !!!
Design dan warna sangat limited
Cantik tak Al Quran ni? Komen sikit sekiranya Sahabat rasa CANTIK 
Jom SHARE kerana ramai sahabat-sahabat kita di luar sana yang mencari Al-Qur'an ini.

Hq : @SahabatAtTaqwa
Tempahan: @bukumaia
SMS/ WHATSAPP/ TELEGRAM
012 3302067 (Mai)
012 3302067 (Mai)
012 3302067 (Mai)


#bukumaia